Thursday, May 5, 2011

Bersiaplah kamu wahai manusia...

SAAT-SAAT YANG BAKAL DITEMPUHI:APABILA MUNGKAR DAN NAKIR MENYOAL


Barra' bin Azib meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : "Ada dua malaikat yang akan menanya si mayat. Kedua-duanya akan menyiasat si mayat dengan terperinci. Inilah rintangan terakhir yang dihadapi oleh mayat".

Apabila si mayat dapat menjawab kesemua soalan, maka terdengarlah seruan : "Benarlah engkau"

Selepas itu datanglah seorang yang cantik, wangi dan pakaiannya indah dan berkata : "Gembiralah anda mendapat rahmat Allah SWT dan Syurga yang cukup menyenangkan". Kemudian mayat itu berkata : "Engkau pun beruntung mendapat nikmat daripada Allah SWT, siapakah engkau ?" Jawabnya : "Akulah amal solehmu. Demi Allah SWT sepengetahuanku, engkau sangat taat mengerjakan suruhan Allah dan menghindari perbuatan maksiat, maka Allah pun memberi ganjaran kepadamu"

Kemudian terdengarlah seruan : "Berilah dia pakaian daripada Syurga dan bukakan kepadanya pintu ke Syurga. Kemudian diberilah dia pakaian daripada Syurga dan dibukakan pintu-pintu Syurga"

Kemudian mayat itu berdoa : "Ya Allah, segeralah kiamat, semoga aku berjumpa dengan keluargaku dan mendapat hartaku"

Sedangkan orang-orang KAFFIR, apabila sudah menghadap ke akhirat, turunlah kepadanya Malaikat yang sangat kejam dan memakai pakaian api dan baju daripada neraka. Apabila rohnya keluar semua malaikat yang berada di antara bumi dan langit serta Malaikat yang berada di langit melaknatinya. Semua pintu-pintu langit terkunci kerana tiada yang suka roh tersebut lalu di hadapannya.

Ketika roh itu mahu naik, para Malaikat pun mencampak semula roh itu ke bumi kerana amal jahatnya. Kemudian ada yang berkata : "Ya Allah, hambamu yang bernama ini tidak diterima oleh langit dan bumi."

Lalu Allah SWT berfirman : "Pulangkan dia, dan campakkannya ke tempat yang telah Aku sediakan. Aku sudah menyediakannya sesuai dengan firmanKu (iaitu Surah Thaha ayat 55)"

Maka mayat orang KAFFIR itupun dapat mendengar suara selipar ketika orang yang menghantarnya mahu pulang, sehinggalah dia mendengar pertanyaan : "Siapa Tuhanmu, Siapa nabimu dan apa agamamu ?"

Dia akan menjawab : "Saya tidak tahu"

Kemudian disebutnya lagi "Saya tidak tahu" dan begitulah setiap kali soalan dikemukakan kepadanya.

Selepas itu datanglah orang yang sangat hodoh, berbau dan berpakaian buruk dan berkata : "Rasakanlah kemurkaan dan seksa Allah SWT" Mayat KAFFIR tadi pun bertanya : "Siapa engkau ?" Jawab orang hodoh itu : "Akulah amal jahat mu. Engkau selalu mengerjakan maksiat kepada Allah serta tidak mahu mentaati perintah Allah, oleh itu Allah memberi balasan yang setimpal kepada mu"

Mayat KAFFIR itu pun berkata : "Engkau pun mendapat kemurkaan Allah SWT"

Kemudian datang seorang yang tuli, bisu dan pekak membawa tukul daripada besi yang teramat berat yang tidak mampu diangkat dan dipikul oleh manusia dan jin. Kalau dipukulkan kepada gunung nescaya runtuhlah gunung itu. Lalu dia memukul mayat itu sekali pukul terus menjadi debu. Setelah itu dikembalikan rohnya dan dipukul lagi di antara kedua belah matanya sehingga didengari oleh seluruh penduduk bumi kecuali jin dan manusia.

Setelah itu terdengar suara : "Berikan pakaiannya daripada api dan bukakan pintu ke neraka" Kemudian diberilah dia pakaian daripada api dan dibukakan pintu neraka.

No comments:

Post a Comment