Friday, January 27, 2012

Doa n usaha

Jika belum, berusahalah, berdoalah… agar kita mampu juga... Jika tidak hari ini, esok... Jika tidak esok, lusa... Teruskan berusaha dan berdoa... Insya-Allah...

Sangka baik

Ada sebuah kisah berkaitan dengan sikap baik sangka ini.

Seorang gadis yang baru habis bercuti ingin menaiki bas dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Disebabkan sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan, dia terlewat dan tidak sempat menaiki bas. Hatinya berasa kesal, gundah, dan marah kerana dia terpaksa membeli tiket lain untuk pulang ke Kuala Lumpur. Dia tertanya-tanya dalam hatinya, kenapa perkara ini perlu berlaku sedangkan dia mempunyai banyak urusan yang perlu diselesaikan di Kuala Lumpur.

Malam itu, pertanyaan itu berlalu tanpa sebarang jawapan.

Keesokan harinya, dia mendapat berita bahawa bas yang sepatutnya dinaiki semalam terlibat dalam satu nahas jalan raya. Sebahagian besar daripada penumpangnya cedera, malah ada yang maut dalam kejadian tersebut.

Apabila mendengar berita tersebut, barulah si gadis sedar kenapa Allah swt mentakdirkan dia tertinggal bas semalam. Dia sangat syukur. Perasaan gundah dan gelisah bertukar menjadi syukur dalam sekelip mata. Benarlah, setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan kebaikannya yang tersendiri.

Sangkaan yang difokuskan dengan bersungguh-sungguh adalah satu doa. Saya yakin bahawa semua orang yang mengaplikasikan Doa & Usaha pasti mendapat apa yang dihajati. Selain itu, Banyak lagi faktor yang mempengaruhi kejayaan kita.

Yakinlah, walaupun Allah swt kadang-kadang tidak mengabulkan sesuatu hajat kita secara terus, Dia pasti akan memberikan apa yang kita perlukan dalam hidup ini. Kita meminta apa yang kita mahu, dan Allah swt memberi apa yang kita perlu...

Mungkin sesuatu hajat kita itu bukan yang terbaik untuk kita, lalu Allah swt mengabulkan kejadian yang sebaliknya yang merupakan keperluan kita yang sebenar. Sebab itulah kita perlu sentiasa bersangka baik dengan Allah swt, kerana di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan.

“Sesungguhnya di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan.”

(Surah Al-Insyirah, ayat 5)

Monday, January 16, 2012

:)

Secara jujur saya akui... Saya tidak pandai menukilkan Al Quran dan Al Hadis, wahyu atau sabda… Saya berpesan pada diri saya seadanya, dalam bahasa mudah seringkasnya... semoga disingkap dengan hati dan berhati-hati...

Fahamilah salah kerana tidak menulis adalah lebih baik daripada tersalah tulis...

Saturday, January 14, 2012

Jangan bersedih :')

Sedih memang baik... Sekali sekala ia melembutkan hati... Tanda jiwa yang sensitif... Tanda hati yang peka... Tetapi merendam roh kita ke dalam kesedihan terlalu lama akan mereputkannya... Apakah alasan untuk memanjangkan kesedihan?

Kesedihan tidak akan pernah menjadi penyelesaian kepada sesuatu masalah... Maka perhatikanlah masalah, bergerak menyelesaikannya... Jika masalah itu bukan datang dengan penyelesaian, sebagai contoh: Kematian ibubapa tersayang, guru tercinta, rakan karib dan sebagainya, hendaklah tabah dan melangkahlah memandang apa yang masih ada pada kita... Sesungguhnya seorang mukmin itu tidak sepatutnya bersedih terlalu lama... Kerana dia ada Allah swt di sisinya... Dan kesedihan bukanlah cara seorang hamba Allah mengabdikan diri kepadaNya.