Sunday, December 23, 2012

Lebah vs Lalat

MATA LEBAH
Mata lebah.. Jadilah kita seperti mata lebah, cuma melihat dan memilih yang baik-baik. Walaupun lalu di tempat pembuangan sampah atau tempat yang kotor dia tetap mencari yang baik dan cantik. Maka, janganlah kita cepat sangat memberi label. Cari dan kaji pasti ada kebaikan dalam setiap kejadian. Oleh kerana itu apa yang dihasilkan lebah adalah ubat segala penyakit kerana bijak memilih. Berfikir secara positif, mengambil tindakan secara positif maka hasilnya juga positif. sekali lebah sengat kita, boleh membawa maut mata lebah jugak memberi hasil yang baik dan manis.. iaitu..MADU.


MATA LALAT
Mata seperti ini cuma melihat yang buruk dan busuk sahaja. Yang baik dan wangi adalah musuh utamanya. Bangkai dan tempat tempat kotor adalah tempat tinggal yang sungguh selesa bagi mereka. Cuba fikirkan, lebah kalau hinggap pada bunga menghasilkan madu. Lalat kalau hinggap pada makanan..dia tinggalkan najis ataupun pun lebih sinonim kita sebut “kentut lalat” atau “telur lalat”. Bila termakan makanan yang dihinggapi lalat kita boleh sakit. Ini yang dikatakan bila suka melihat sesuatu yang negatif tindakan kita juga negatif dan hasil yang kita dapat juga negatif.
Renungilah bait-bait ini bersama :
“Janganlah kamu dedahkan kejahatan orang lain selama mereka itu menyembunyikannya, nanti Allah akan mendedahkan kesalahan kamu pula kepada orang lain.
Dan kamu hendaklah menyebut tentang kabaikan yang ada pada saudara kamu,apabila disebutkan kebaikannya dan jangan kamu mengaibkan seseorang dengan apa yang ada padanya, nanti akan terjatuh pada kamu juga”


http://hafizamri.com/contohilah-mata-lebah-jauhilah-mata-lalat/

UMAT YANG KEHILANGAN JENAMA... ISN, 16 APR 2012 11:59 DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN


Sering kali apabila bersolat di al-Masjidil Haram ataupun Masjid Nabi s.a.w, perasaan saya tersentuh, penuh rasa kagum kepada umat ini. Apa tidak, ratusan ribu, bahkan jutaan manusia datang dari pelbagai negara dan bangsa, latar pendidikan dan budaya yang berbeza, tidak mengenali antara satu sama lain namun tetap mampu untuk membentuk saf-saf salat yang penuh teratur. Tidak pernah sama sekali sebelum itu mereka melakukan apa-apa rehearsal membentuk saf untuk jumlah yang demikian besar, melainkan practise solat berjemaah di negara masing-masing.

Namun, apabila sahaja iqamah dilaungkan, jutaan manusia pelbagai bangsa, pelbagai latarbudaya, pelbagai gaya, pelbagai negara bangun berdiri mengambil tempat dalam saf-saf solat dengan penuh disiplin. Tiada siapa berhak bertanya apakah awak layak berada di sebelah saya ataupun tidak? Tiada siapa berhak menghalau orang lain keluar dari safnya tanpa sebab yang diizinkan syarak. Tiada saf khas untuk golongan bangsawan yang diharamkan golongan bawahan berada sebaris dengan mereka. Betapa agama ini telah menghimpunkan dan mendisiplinkan manusia.

Demikianlah ibadah-ibadah lain dalam Islam ini. Haji, perlambangan keserataan manusia. Tiada hak sesiapa menghalang orang lain bertawaf kerana orang bangsawan ingin bertawaf.

Tiada siapa yang berbeza dalam beribadah kepada Allah. Tiada raja ataupun sultan yang boleh menyeru Allah dengan kesombongan diri atau bahasa yang berbeza kerana dia raja atau presiden ataupun sultan. Maha Suci Allah dari membezakan hamba-hambaNYA disebabkan kedudukan dunia mereka. Bahkan, Allah menerima mana-mana doa yang penuh kerendahan jiwa dan menolak doa yang dilafazkan dengan kesombongan diri.

Demikian puasa, zakat dan pelbagai ibadah lain dalam Islam jika dihayati banyak nilai-nilai mulia dalam kehidupan individu dan masyarakat muslim dapat dibina. Bab taharah ataupun kebersihan dan penyucian diri, pakaian dan tempat ibadah mempunyai banyak nilai yang Islam didik penganutnya.

Namun, malang sekali negara-negara orang muslim itu kebanyakannya kotor. Ambil sahaja Kaherah yang orang Islam bangga kerana adanya University al-Azhar. Ia dianggap sebagai kota ilmu oleh sesetengah pihak. Namun, Kaherah juga merupakan kota sampah-sarap. Kekotaran seakan menjadi budaya. Tiada disiplin dalam hidup bermasyarakat. Rasuah dan salah guna kedudukan bermula dari tukang sapu sampah sehingga ke presiden negara.

Jalanraya tiada peraturan. Bunyi hon kereta rukun wajib dalam memandu. Sehingga saya pernah bergurau: "Orang Mesir, boleh pandu kereta tanpa tayar tetap tidak boleh pandu kereta tanpa hon". Asap dan bau busuk adalah aroma kehidupan mereka.

Di manakah perginya golongan agama dan ilmuwan kota itu?! Di mana perginya segala perbahasan ilmu yang dilaung-laungkan itu?!! Apakah pula disiplin dan nilai baik yang manusia dapat kutip dari mereka?

Dua minggu lepas saya berada di Irbid, Jordan. Bandar yang mengelilingi University Yarmouk. Malang sekali, sampah sarap bagaikan bunga-bunga yang menghiasi bandar itu. Menyedihkan. Saya bukan ingin memuji Oxford berlebihan kerana saya berada di sini sekarang. Namun ini suatu realiti. Bandar ilmu ini bersih. Sukar sama sekali mendengar hon kenderaan. Juga tiada pencemaran asap bas ataupun kenderaan biasa. Orang tahu menggunakan tong sampah, bahkan tahu membezakan jenis sampah.

Gereja memang banyak di bandar ini, namun ia tidak semakmur masjid-masjid di tempat kita. Bahkan kebanyakan mereka tidak percayakan agama, sekalipun mereka percaya wujudnya Tuhan. Saya percaya nilai-nilai baik itu tiada kaitan dengan agama, tetapi kejayaan pendidikan yang mantap dan berkesan. Sehingga nilai-nilai baik menjadi budaya. Sementara kita, golongan agama ramai yang sibuk dengan teori itu dan ini, ataupun sibuk mengisi dan menggemukkan poket masing-masing melebihi usaha mendidik dan membentuk umat yang berkualiti. Sibuk menghukum orang lain sehingga terlupa mengemaskan diri, rumah dan negara sendiri.

Umat Contoh

Kita membaca firman Allah:
"Demikian Kami jadikan kamu umat yang wasat supaya kamu menjadi saksi ke atas manusia dan al-Rasul itu menjadi saksi ke atas kamu" (Surah al-Baqarah: 143).

Perkataan 'wasata' yang jika diterjemahkan ke dalam bahasa kita bermaksud pertengahan (moderation). Ayat ini dibahaskan oleh para mufassirin dengan pelbagai tafsiran yang kesemua memberi makna umat Islam ini dijadikan Allah sebagai umat yang adil, mulia dan contoh kepada umat lain. Al-Syinqiti dalam Adwa al-Bayan menafsirkannya sebagai umat pilihan dan adil.Demikian juga Ibn 'Ashur dalam al-Tahrir wa al-Tanwir memberikan tafsiran yang hampir sama.

Dalam edisi English Taisirur Rahman ditafsirkan: "a nation which profoundly great and most superior". Persoalannya, di manakah ini semua pada hari ini. Ya, umat ini telah membuat sejarah pada masa lalu, tetapi apakah realiti hari ini?


Kita mengutuk ataupun mengkritik Barat tetapi kita jangan lupa bahawa banyak nilai yang baik Barat telah bina untuk kehidupan mereka. Di samping perkara-perkara yang kita tidak setuju tentang mereka, mereka mempunyai banyak perkara positif yang kita gagal dalam kehidupan kita. Ambil sahaja soal hak rakyat dalam mempersoalkan sesiapa yang menyalahgunakan harta awam dan taxpayer's money, mereka miliki hak itu. Surat khabar dan media mereka berhak mempertikaikan baju, cuti dan segala perbelanjaan yang digunakan oleh HM Queen dan istananya. Tiada sebarang hukuman kerana itu.

Belanja Queen dan istana dibentangkan kepada rakyat jelata. Mereka berhak mempersoalkannya. Jadilah mereka bangsa yang bermaruah dalam soal tersebut. Kita tahu pada tahun ini Kerajaan British menolak untuk HM Queen Elizabeth membeli kapal persiaran. Padahal Queen telah 60 tahun berkhidmat.

Jurucakap PM David Cameron, Steve Field menyebut: "I don't think anyone is suggesting public money should be used for this. There is a difficult economic situation, there are scarce public resources, therefore we don't think it would be an appropriate use of public money".

Inilah sikap rakyat yang merdeka dari menjadi hamba penguasa. Malang sekali di dunia muslim; presiden, sultan dan raja boleh menggunakan harta awam tanpa dipersoalkan. Lebih buruk lagi, rakyat yang mempersoalkan itu pula yang dianggap bersalah dan derhaka, sedangkan si penguasa dan raja yang menggunakan harta negara dan awam disanjung mulia. Harta dan belanja mereka tidak dibentangkan kepada awam. Istana, kereta, komisyen projek itu dan ini didiamkan sahaja. Inilah dunia muslim.

Laungan Allahu Akbar (Allah Maha Besar) hanya di corong pembesar suara, tapi dalam kehidupan rakyat, penguasa juga yang maha besar. Inilah rakyat yang diperhambakan dan tidak merdeka. Bagaimana mungkin rakyat yang seperti ini menjadi umat contoh kepada agama lain? Ini bukanlah ciri wasatiyyah yang dimaksudkan oleh al-Quran. Sama sekali tidak!

Sebab itu, walaupun 'Arab Spring' mempunyai kesan negatifnya, tetapi positifnya lebih banyak. Sekurang-kurang umat Islam tidak dilihat menjadi hamba golongan regim dan pemerintah yang zalim lagi korupsi, yang memeras harta dan darah, sedangkan umat ini berdiam saja. Ini mesti dihentikan! Sekurang-kurang dibuktikan pada dunia, umat ini masih hidup!

Saya teringat kisah Khalifah Umar bin al-Khattab yang disebut oleh Ibn Qayyim (meninggal 751H) dalam I'lam al-Muwaqi'in bagaimana satu hari beliau bangun berucap di hadapan rakyatnya sambil berkata:

"Hendaklah kamu dengar dan taat!". Tiba-tiba sahabat Nabi s.a.w yang lain, iaitu Salman al-Farisi bangun dan berkata: "Kami tidak mahu dengar". Umar pun bertanya: "Mengapa wahai Salman?". Jawab Salman: "Engkau membahagikan kepada rakyat pakaian seorang sehelai, sedangkan engkau mengambil sebanyak dua helai". Jawab Umar: "Sabar wahai Salman!. Lalu Umar berkata kepada anaknya: "Wahai Abdullah (bin 'Umar), beritahulah dia bahawa pakaian yang aku pakai ini adalah bahagian engkau yang engkau berikan kepadaku". Jawab Abdullah bin 'Umar: "Ya, demi Allah". Jawab Salman: "Kalau begitu, silakan, kami mendengar (taat)".

Kita perlu mengembalikan jenama kita yang tinggi nilai di mata manusia. Kita umat yang branded pada suatu masa dahulu. Tiada siapa yang wajar membiarkan kemunduran ini. Hanya golongan pengampu ataupun literalist sahaja yang cuba menjustifikasikan kemunduran kita yang gagal menjadi umat contoh. Islam terhijab dalam banyak keadaan disebabkan realiti yang kita alami ini. Kita mesti berubah. Rakyat dan pemerintah mesti bergerak ke arah perubahan. Kembalikan jenama kita. Kita umat yang branded. Kita umatan wasatan.

- Artikel iluvislam.com



Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menulis juga di http://drmaza.com. Sertai juga facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA.

Thursday, August 30, 2012

Kira Pahala @ Dosa...

Selalunya perkataan “kira” atau “kira-kira” tidak dapat lari dengan subjek matematik... Samada kita suka atau tidak subjek ini di sekolah, kita amat perlukan kemahiran ini untuk menjamin perjalanan kewangan kita terutamanya supaya lebih tersusun dan dapat di uruskan dengan baik... Namun sejauhmanakah kita gunakan kemahiran kira-kira kita untuk akaun akhirat?... Satu persoalan yang suka saya lontarkan untuk kita sama-sama fikirkan... Selalunya kalau di letak tajuk “muhasabah” dalam tajuk syarahan atau tulisan, orang akan kata ini mesti ceramah agama... Kalau kita tengok balik, dulu subjek matematik pun di panggil ilmu hisab... Tak kiralah apa orang panggil pun, yang penting kemahiran membuat kira-kira ini memang penting. Bukan sahaja untuk kehidupan dunia, tetapi juga untuk akhirat...

Friday, August 24, 2012

Rezeki

Telah banyak kali rasanya disebutkan oleh ribuan malah jutaan ilmuan Islam di seluruh dunia, bahawa menderma dan bersedeqah itu menambahkan rezeki dan bukan mengurangkannya.

Namun sudah tentu akan tetap wujud individu yang masih belum mampu memperolehi keyakinan bahawa rezekinya akan bertambah apabila menghulurkan sejumlah wang yang diusahakan dengan penat lelah itu.

Ini berlaku biasanya, disebabkan oleh minda individu terbabit yang mengecilkan skop rezeki hanya kepada penilaian naik turun harta dan wang di hadapan mata. Akibat dari itu, apa yang berkurang akan dirasa sentiasa menurun. Perasaan itu terus menerus mengunci dirinya untuk bersedeqah dan menyumbang, malah lebih serius apabila ada sebahagiannya menahan diri dari berbelanja untuk diri dan keluarganya.


MAKSUD REZEKI DALAM ISLAM

Bagaimana sebenarnya maksud rezeki di dalam Islam?

Rezeki di dalam Islam bukan hanya terhad kepada wang dan harta. Jangkauan rezeki yang disebut oleh Allah ta'ala dan Rasulullah terlalu amat luas meliputi rezeki yang rencam. Hakikatnya orang yang ‘memberi' dan menyumbang akan memperolehi pulangan dari Allah dalam bentuk yang amat pelbagai, juga mencakupi material dan spiritual.

Namun sebelum itu, perlu difahami, sebagaimana rezeki yang tidak boleh dikecilkan skopnya hanya kepada harta, begitu juga ‘pemberian' dan ‘sumbangan' yang juga tidak terhad kepada wang dan harta. Ia sangat nyata sebagaimana yang pernah saya tuliskan petikan hadis Nabi Muhammad dalam artikel saya sebelum ini . Bahawa mengajak orang kepada kebaikan dan melarangnya dari kemungkaran adalah sebuah pemberian berharga, membantu mereka yang melakukan kerja yang baik itu pemberian, dan menahan diri dari melakukan maksiat itu sendiri merupakan sebuah pemberian amat bermakna.

Apa yang jelas, semua jenis ‘pemberian' dan ‘sumbangan' itu adalah amalan kebajikan apabila ia menepati dua syarat yang paling minima iaitu :-



1) Ikhlas kerana Allah


2) Ia berupa sumbangan ke arah kebaikan berdasarkan penilaian hukum Islam.


Justeru, apa sahaja yang disumbangkan, sama ada idea, ilmu, teguran, nasihat, tenaga untuk kerja, masa, perasaan, emosi dan sebagainya untuk membawa kebaikan untuk Islam, ia adalah sumber terbukanya rezeki di sisi Islam. Ia juga merupakan sumber kewujudan unsur ‘berkat' di dalam kehidupan dan harta.


Setinggi-tinggi darjat insan soleh, dia mampu mengekang dirinya di ketika menyumbang dari terpengaruh oleh fikiran atau bisikan seperti, "apa balasannya di dunia"?.

Apa yang akan menjadi dorongan dan motivasi utama hanyalah apa yang bakal diperolehi di akhirat. Bukan ganjaran di dunia yag difikirkan. Apa yang diinginkan untuk dunianya hanyalah memperolehi rezeki yang BARAKAH atau berkat.

Menurut para ulama ‘barakah' atau berkat itu adalah :-

هي ثبوت الخير الإلهي في الشيء؛ فإنها إذا حلت في قليل كثرته، وإذا حلت في كثير نفع، ومن أعظم ثمار البركة في الأمور كلها إستعمالها في طاعة الله عز وجل.

Ertinya : iaitu kepastian kebaikan disisi Ilahi pada sesuatu perkara, yang mana apabila ia jatuh kepada perkara yang sedikit ia akan menambah banyakkan ia, dan apabila ia jatuh kepada yang banyak, ia akan menambah manfaatnya, dan sehebat-hebat hasil keberkatan dalam seluruh perkara adalah apabila ia digunakan kembali untuk membawa ketaatan kepada Allah azza wa jalla.

Walaupun begitu, tidak ramai manusia yang mampu mencapai darjat tersebut, dan masih ramai individu soleh yang melakukan kebaikan, namun masih sering terfikir-fikir tentang ganjaran buatnya untuk dinikmati di dunia ini lagi.



WHAT YOU GET BACK?

Hasilnya, ramai yang bertanya berkenaan ‘what will you get back?'

Bagi membuka minda kita semua akan bentuk-bentuk balasan yang mampu diperoleh hasil dari segala sumbangan kebaikan yang kita lakukan di dunia ini. Secara ringkas, saya bahagikan ganjaran yang boleh diperolehi sejak dari alam dunia ini lagi, semua ganjaran-ganjaran ini mempunyai dalil dan athar yang tersendiri, namun bagi mengelakkan terlalu panjang, saya tidak menyertakan semua dalilnya. Balasan tersebut adalah seperti berikut :-

a. Keberkatan dalam kehidupan berkeluarga

· Rumahtangga kita didamaikan oleh Allah dari sebarang pergaduhan besar yang meruntuh kepercayaan dan kebahagian si suami, isteri dan anak.

· Hati dan fikiran dikurniakan ketenangan yang akhirnya memberikan kesan positif kepada produktiviti kita di tempat kerja dan tugas, lalu mendapat kenaikan gaji dan pangkat.



b. Kesihatan

· Allah selamatkan kita dan keluarga dari penyakit.

Nabi bersabda :



صنائع المعروف تقي مصارع السوء والآفات والهلكات

Ertinya : Perlakuan perkara kebaikan mampu menghalang dari terjerumus dalam keburukan, kecatatan dan kebinasaan. (At-Tabrani, Al-Haitahami : sanadnya Hasan)

· Kita diselamatkan dari kemalangan dan bencana seperti di jalanraya, di dalam rumah, luar rumah, di tempat kerja dan sebagainya. Namun perlu diingat, ADA JUGA TERDAPAT HARTA YANG BERKAT TETAPI DITIMPA MUSIBAH DAN BENCANA, namun tanda berkatnya ia adalah bencana dan musibah itu membawanya lebih hampir kepada Allah dan bukan semakin jauh. Itulah fungsi keberkatan harta itu, ia hilang dan ditimpa musibah sebagai asbab untuk kebaikan tuan miliknya.JUSTERU, bukan tugas kita untuk menuduh harat si polan itu berkat atau tidak berkat setiap kali ditimpa musibah kerana kita TIDAK TAHU HAKIKAT SEBENARNYA.

· Dikurniakan zuriat yang sihat dan jika sakit sekalipun, ia tidak seteruk mereka yang lebih parah sakitnya.



c. Harta

· Dihindar dari mendapat kerjaya yang haram dan terselamat dari sebarang jawatan atau kenaikan pangkat yang memudaratkan masa hadapan. Perlu diingat bukan semua kenaikan pangkat itu baik untuk hati dan jiwa manusia, ada sebahagian besar jawatan yang menghancur dan mengubah habis jiwa kebaikan dalam diri seseorang kepada jiwa penerima rasuah, tamak, rakus kuasa dan sebagainya.

· Direndahkan minat dan nafsu kepada harta dan pendapatan haram serta diberi kekuatan untuk istiqamah dalam yang halal. Inilah yang boleh digelar sebagai salah satu dari cabang ‘zuhud', iaitu kebebasan jiwa dan hati dari keterikatan dengan harta dunia. Jika diperolehi, syukur dipanjatkan, jika ia hilang dan pergi tidaklah terlalu ditangisi.

· Diberikan rasa cukup dan selesa dengan pendapatan yang diperolehi kini walau zahirnya kelihatan kurang mencukupi. Inilah dinamakan oleh ulama tasauf sebagai Qana'ah iaitu berasa cukup dengan apa yang telah ada, tetapi tidak henti untuk terus menerus memperbaiki diri dan kerja.

· Kenderaan yang digunakannya jauh lebih baik dari kenderaan yang jauh lebih mahal darinya. Begitu juga harta-hartanya yang lain seperti rumah dan lokasinya, diberi rezeki oleh Allah untuk berada di persekitaran yang baik, berjiran dengan mereka yang tidak menimbulkan banyak masalah.

· Sumber pendapatan tambahan boleh datang secara tanpa disangka-sangka. Ia tidak semestinya dalam masa terdekat, ia mungkin berlaku 10 atau 20 tahun akan datang. Ini termasuklah di dalam tawaran Allah yang disebut di dalam durah at-Talaq, yang dinamakan oleh ramai sebagai ayat seribu dinar :



وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Ertinya : Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. ( At-Talaq : 2-3)

Namun perlu diperhati sejelas-jelasnya, ayat di atas mensyaratkan seseorang untuk menjadi ‘BERTAQWA' sebagai jalan dibuka jalan kemudahan dan kebaikan dari pelbagai sumber tidak dijangka. Tidaklah sama sekali tepat pandangan ramai yang mengaitkan ‘gantung' ayat tersebut di rumah dan kedai sebagai cara meningkatkan rezeki dan pendapatan, tanpa bersifat taqwa di dalam kerjaya, perniagaan dan tugasan. Sedangkan hakikatnya, taqwa itulah kuncinya, bukan dengan menggantung ayat tersebut dan sebagainya.

Ibn Abbas menegaskan maksud jalan keluar di atas sebagai jalan keluar dari perkara syubhat di dunia, jalan keluar untuk menghadapi kematian, dan kesukaran di hari kiamat. (Tafsir Al-Qurtubi)



d. Sekeliling yang baik

· Dipermudah oleh Allah untuk berada di tempat dan persekitaran yang baik dan tidak merbahaya untuk diri dan keluarga.

· Kewujudannya menjadi pelopor kepada kebaikan mereka yang disekitarnya, penyekat kepada kemaksiatan. Ia bertepatan dengan sebuah sabdaan Nabi:

إن من الناس مفاتيح للخير مغاليق للشر وإن من الناس مفاتيح للشر مغاليق للخير فطوبى لمن جعل الله مفاتيح الخير على يديه وويل لمن جعل الله مفاتيح الشر على يديه

Ertinya : Dari kalangan manusia ada yang menjadi kunci kebaikan dan penutup serta penghalang kepada kejahatan. Dan ada pula yang menjadi kunci kejahatan dan penutup kebaikan, bergembiralah bagi sesiapa yang dijadikan oleh Allah sebagai kunci kebaikan di tangannya, dan celakalah mereka yang kunci kejahatan di tangannya ( Riwayat Ibn Majah : Sohih )



KESIMPULAN

MashaAllah, terlalu banyak cara dan kaedah untuk Allah membalas baik sangka hambaNya dan amalan kebaikan hambaNya. Sama ada di dunia atau akhirat.

Lalu apa yang menjadi penghalang kini hanyalah ‘hati' masing-masing.

Jika hati itu masih belum mampu menyakini maha Pemurahnya Allah ta'ala.

Masih belum boleh menyakini Allah akan membalasnya.

Masih belum yakin wujudnya Allah dan ganjaran kebaikan-Nya.

Selagi itu, seseorang itu akan sentiasa dihambat pelbagai perasaan tamak, kedekut dan malas ketika ingin memberi.

Jalan awal penyakit tersebut adalah ‘malas' dan dikuti berterusan melakukan dosa dan berasa jalan ‘dosa' itu adalah cara pendapatan yang terbaik baginya.

Saya teringat, tatkala saya mengingatkan orang ramai perihal pelaburan haram, skim haram, skim cepat kaya, money game, skim piramid wang, MLM yang haram dan sebagainya, lalu berteriaklah beberapa orang yang tidak berpuas hati seraya berkata :

"Kami orang susah, ustaz bolehlah kata itu dan ini...cuba ustaz duduk di tempat kami selaku individu yang kurang berpendidikan, kerja berat tapi gaji sedikit. Itulah sahaja cara yang mudah untuk kami menambah pendapatan"

Individu seperti ini tidak sama sekali sedar, keterlibatannya dalam perkara haram HANYA AKAN LEBIH MENAMBAH JAUHNYA DIA DARI SEBARANG REZEKI HARTA DAN KETENANGAN. Nabi pernah bersabda :

لا يزيد في العمر إلا البرولا يرد القدر إلا بالدعاء وإن الرجل ليحرم الرزق للخطيئة يعملها

Ertinya : Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan[1], dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu'allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu DITAHAN REZEKINYA disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya" ( Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadis Hasan)

Justeru, jangan jadikan posisi kesukaran diri di waktu ini sebagai excuse untuk melibatkan diri dalam perkara yang haram, kerana ia sama sekali bukan jalan keluar tetapi ia jalan buntu dan hanya akan melebarkan bencana terhadap diri dan keluarga.

Imam Ibn Kathir pernah mengulas bahawa apabila manusia melupakan soal dosa pahala dalam harta dan kehidupan mereka maka

وَلَـكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ

Ertinya : Tetapi mereka telah mendustakan ( tidak patuh kepada hukum Islam), maka kami rampas dari mereka apa-apa yang telah mereka usahakan (Al-A'raf : 96 )

PERKEMBANGAN POTENSI, JANGAN ASYIK MEMBUAT ‘EXCUSE'

Apa yang perlu dilakukan adalah memanfaatkan duit simpanannya untuk mempelajari ilmu yang boleh digunakan untuk memperkembang potensi diri, bukan dengan menceburi skim-skim haram itu. Dan kemudian mengemukan alas an serta excuses yang pelbagai. Lihat ulama tabi'en berkata :

من طلب العلم تكفل الله برزقه

Ertinya : Barangsiapa yang menuntut ilmu Allah seolah telah menjamin rezekinya ( Kanzul Ummal, 10/139)

Ilmu itulah yang akan menerangkan kita jalan untuk bekerja dengan sebaik mungkin, dalam keadaan halal dan seterusnya membuka lebih banyak pintu rezeki. Semua ini perlu dilakukan tanpa malas. Atas dasar itu Nabi mengingatkan :-

لو أنكم توكلون على الله حق توكله لرزقكم كما يرزق الطير تغدو خماصاً وتروح بطاناً

Ertinya : Kalau kamu benar-benar bertawakkal kepada Allah, nescaya akan diberikan rezeki kepadamu sebagaimana diberikan rezeki kepada burung-burung, yang keluar dengan perut lapar di pagi hari, pulang dalam keadaan kenyang.

Para ulama menyebut dengan jelas lagi terang, maksud tawakkal dalam hadis di atas merujuk kepada usaha, ilmu dan bersungguh dan sesudah itu bersangka baik kepada Allah.

Sesiapa yang bersangka baik kepada Allah, Allah akan menunaikan sangkaan baiknya. Begitu juga sebaliknya.

Akhir sekali, Nabi menasihatkan seorang sahabat yang agak kerap memohon bantuan harta dari Nabi s.a.w:-

يا حكيم إنّ هذا المال خضرة حلوة فمن أخذه بسخاوة نفس بورك له فيه، ومن أخذه بإشراف نفس لم يبارك له فيه، كالذي يأكل ولا يشبع

Ertinya : Wahai Hakim, sesungguhnya harta merupakan seperti buahan yang subur, manis lagi disukai, barangsiapa yang mengambilnya dengan jiwa yang zuhud (dan tidak meminta-minta) nescaya akan diberkati baginya pada harta itu, barangsiapa mengambilnya dengan tinggi diri (serta tamak) tiada berkat di dalamnya, sebagaimana orang yang makan tetapi tidak kenyang" (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



Sekian,



Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Jodoh

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan... Hanya belum sampai masanya... Ia
bagai meniti jambatan untuk ke seberang... Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita... Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat... Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat... Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan... Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang... Insya-Allah.

Allah Maha Mendengar :)

Wednesday, August 22, 2012

Carilah keberkatan itu...

* Ambil Pengajaran dan Iktibar.

Kisah-1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar).. Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak.

Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid. Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat Keberkatan Allah.

Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur Dan kemas.
Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan..
Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
Bayangkan dia boleh hidup dengan selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.
Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan ia yang patut di contohi;

Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.
Sering membaca Surah Al-Waqiah
Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya.
Suka menolong orang dan memberi derma
Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang Penyakit.
Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya.
Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.
Kisah-2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.. Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta Gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini. Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini ada kaitan dengan tiada keberkatan hidup. Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut;

Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba).
Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta baru (Masalah kena curi dan kemalangan jalan raya)
Sering bertengkar dengan isteri.
Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
Suka menengking jika ada orang mintak derma.
Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah mata sahaja..
Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita. Kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung untuk mencari keberkatan hidup.

Kisah 3

Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.

Ceritanya begini… Suatu hari, seorang ustazah travel, dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam. Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu’ dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku’ apabila imam ruku’.. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam, dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal.

Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk… ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh.

Cerita tak berakhir di situ.. Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu’. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu’ di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir. Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat, si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat.

Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ. Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, “Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa… “. Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

Subhanallah. … bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki… Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman…

Cuba kita tanya diri kita sendiri…

Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ??? Subhanallah. ..
Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua…

Mendengar dengan Melihat mana yang lebih utama?

Terkedu…!!!! Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya..

Kisahnya :

Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu di X . pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.

Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.

Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.

Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing2.

Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak2 lelaki dan tidur.

Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak2 seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak2.

Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak2 lelaki.

Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.

Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak2 bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.

Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal seluar dalam!!!

Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.

Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya

“Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu”

!!!!!!!!!

Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukarkan Daniel. Tapi kejadian yg sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.

Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim. Pada mulanya mereka agak kekok ,tapi akhirnya merasakan tiada apa yg perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan ‘jiwa’ Daniel. Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.

Moral : sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita. Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak2 untuk masuk kebilik ibubapa.

Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2 yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang..

Anak

Assalamualaikum wbt... anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t kepada kita hamba-hambaNya.

Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan... Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat...

Tuesday, August 21, 2012

Manja kan anak biar bertempat

Kesilapan dalam mendidik anak-anak apabila ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak... Ada ibu bapa yang berat untuk menghukum dan menegur anak-anak semata-mata takutkan anak itu merajuk... Kuasa merajuk anak itu diberikan sedemikian rupa sehingga anak itu berjaya memanupulasikannya sebagai senjata untuk mengugut ibu bapa... Tidak salah untuk memanjakan anak... Memang anak-anak perlukan kemanjaan dan kasih sayang... Namun, tindakan yang salah ialah terlalu memanjakan anak dengan tidak menetapkan disiplin dan sempadan ke atas anak-anak... Akhirnya anak itu menjadi terlalu bebas, dan gagal dididik dengan teratur dan berprinsip... Kemanjaan/kekerasan melampau ke atas anak-anak ini membuahkan kekacauan jiwa anak-anak... Hal ini juga ada kaitannya dengan faktor anak-anak enggan berada di rumah... Bagi mereka ‘Rumahku Nerakaku’... Mereka lebih bahagia dan damai bila berada dengan rakan-rakan, yang kadang-kadang membawa mereka ke kancah kemusnahan kekal...

Anak derhaka apa ubatnya

Just for your information…”renung-renungkan dan selamat beramal….”
Speech by Dr Fadhilah Kamsah, kepada semua ibu-bapa, Bakal menjadi ibu-bapa dan kita sendiri sebagai anak.

APA PUNCA ANAK DERHAKA

Sabda Rasulullah s.a.w. ” Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya… .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… . itu salah…
“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”. Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan rergamak menderhaka . “Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
“Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.” Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan “bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka”. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita…

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawantempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?
“Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.”

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. “Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.” Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. WalaupunAllah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.”

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita saying anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? “Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,” jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
“Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. “Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail.

Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada dirumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi NabiIbrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D.Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners.
Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.Tips:

Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga. Pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya . Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala Cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahundari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasasunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
Related posts





Dosa berdusta

DOSA BERDUSTA ATAS NAMA PIHAK LAIN
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Apabila berpuasa, ramai yang cuba menjaga lidahnya agar tidak berbohong. Ada yang akan berkata: “Masakan aku berbohong ini bulan Ramadan”. Berbohong sebenarnya haram tanpa mengira bulan. Sudah pasti berbohong pada bulan Ramadan akan merosakkan pahala puasa dan meningkatkan dosa kerana tidak menghormati bulan yang mulia.

Guna Nama Allah
Di sana ada beberapa jenis pembohongan. Setiap pembohongan itu mempunyai dosa yang berbeza. Perbohongan yang paling besar dosanya ialah berbohong menggunakan nama Allah. Ini disebut sebagai al-iftira ‘ala Allah kaziban (inventing lies against Allah). Mereka yang melakukan dosa ini akan membuat dakwaan tertentu menggunakan nama Allah padahal mereka tidak mempunyai sebarang bukti dari sumber-sumber wahyu. Tidak daripada al-Quran, ataupun as-Sunnah yang thabit (diterima). Banyak ayat dalam al-Quran Allah menempelak perbuatan ini. Antaranya dalam Surah al-Nahl, ayat 116:
(maksudnya) “dan janganlah kamu berdusta dengan apa yang disifatkan oleh lidah kamu: “Ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; Sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya”.
Antara dusta kepada Allah ialah dengan mengeluarkan fatwa ‘haram’ ataupun ‘halal’ tanpa sebarang dalil yang sah. Umpamanya, Allah telah menjadikan semua urusan kehidupan (daily life) ini halal kecuali apa yang diharamkan Allah melalui al-Quran dan as-Sunnah, tiba-tiba seseorang mengeluarkan fatwa haram tanpa sebarang bukti seperti mengharamkan makanan ataupun pakaian ataupun hiburan tertentu yang tidak ada asas untuk diharamkan. Ini adalah dosa yang paling besar dalam senarai pembohongan. Allah berfirman: (maksudnya)
“katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkan) kamu mempersekutukan Allah dengan sesuatu sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkan) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya”. (Surah al-A‘raf, ayat 33).
Maka kita hendaklah berhati-hati dalam memperkatakan sesuatu menggunakan nama Tuhan kerana itu merupakan dosa yang terbesar. Dalam al-Quran, Allah menempelak Ahlul Kitab (People of the Book) disebabkan mereka membuat dakwaan agama atas nama Allah dengan rekaan mereka sendiri.

Guna Nama Nabi
Pembohongan kedua terbesar dosanya ialah berbohong menggunakan nama Nabi s.a.w. ataupun Nabi-Nabi yang lain. Ini seperti menyandarkan sesuatu yang bukan hadis yang sabit kepada baginda. Mereka yang membuat dan menyebarkan hadis palsu samada dalam ceramah, buku, internet, sms dan sebagainya termasuk dalam dosa ini. Sabda Nabi s.a.w dalam hadis yang mutawatir:
“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”.
Ini termasuk mereka pengeluar produk perubatan ataupun makanan tertentu yang mengaitkan nama Nabi s.a.w. Tujuan mereka melariskan jualan, sedangkan hakikat makanan Nabi s.a.w itu tidak seperti yang didakwa, ataupun rekaan semata seperti ‘kayu koka’, buah kismis dan seumpamanya.

Kayu Koka
Dosa menyebarkan hadis palsu ini terlalu besar dan pada hari ini melibatkan ramai pihak. Ini kerana kemudahan teknologi menyebabkan dengan mudah manusia menghantar ataupun menyebarkan maklumatkan yang diterima. Contohnya pada bulan Ramadan disebarkan hadis palsu tentang fadilat setiap hari tarawih, sehingga kononnya ada hari yang pahalanya melebihi atau menyamai nabi tertentu. Ini adalah dusta. Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah:
Tidak halal meriwayatkan hadis palsu dalam apa perkara sekali pun, melainkan bersama keterangan tentang kepalsuannya. Ini sama ada berkaitan halal dan haram, atau fadail (kelebihan-kelebihan amalan), atau al-tarhib (menakutkan orang ramai terhadap maksiat) dan al-targhib (menggalakkan ibadah), atau kisah, atau sejarah atau selainnya. Sesiapa yang meriwayatkan tanpa keterangan bererti telah melakukan dosa yang besar dan termasuk dalam senarai pendusta. Ini berasaskan apa yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim dalam mukadimah sahihnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menyebut hadis daripadaku sedangkan dia menyangka ia dusta, maka dia termasuk salah seorang pendusta”. (Abu Syahbah, al- Wasit fi ‘Ulum wa al-Mustalah al-Hadis, m.s. 321-322)

Guna Nama Tokoh Agama
Dosa pendustaan yang berikutnya yang besar ialah berdusta menggunakan nama sahabah, tabi’in, para ulama dan tokoh-tokoh umat yang dipercayai. Ini kerana pendustaan jenis ini mempunyai kesan yang berat terhadap masyarakat. Masyarakat akan mudah terikut apabila sesuatu perkataan ataupun perbuatan yang disandarkan kepada golongan ini. Contohnya dalam masyarakat kita menjelang bulan Ramadan ada yang mencari kesempatan mengumpulkan kekayaan dengan membuat ‘borang pahala’ yang kononnya sesiapa yang membelinya akan dapat mengirimkan pahala kepada si mati. Pahala dijadikan jualan dalam agama. Ini sama seperti amalan gereja yang ditentang oleh golongan pembaharuan seperti Martin Luther pengasas Protestan. Ia hanya kesempatan yang digunakan oleh golongan tertentu mengaut kekayaan atas nama agama. Malangnya, ada yang melakukan hal ini dalam masyarakat dan mendakwa kononnya ini amalan ataupun keizinan yang diberikan oleh al-Imam as-Syafie r.h. Sedangkan imam yang mulia itu hidup dalam penuh kewarakan dan kezuhudan. Sama sekali tidak memakan harta orang lain dengan menggunakan nama pahala Tuhan. Pendustaan seperti ini merupakan dosa yang besar.

Sila klik pada imej untuk paparan penuh.
Guna Nama Orang Lain
Dosa pendustaan yang berikutnya adalah menyandarkan sesuatu perkataan ataupun perbuatan kepada pihak lain selain dari yang disebutkan di atas. Kadar dosa itu diukur dengan kesan yang diterima oleh pihak yang didustai. Ia kadang-kala boleh mencetuskan permusuhan dan salahfaham. Ini termasuk dalam dosa zalim, dusta dan konspirasi mengajak pihak lain berkongsi kejahatan. Firman Allah dalam Surah an-Nur (maksudnya)
“Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebahnya tuduhan-tuduhan buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman,mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui segala perkara sedang kamu tidak mengetahui yang demikian”.
Maka, sempena Ramadan pastikan kita berjaya melepaskan diri dari dosa pendustaan ini. Demikian juga selepas Ramadan kita tidak akan menceburkan diri dalam dosa-dosa besar ini.

Monday, August 20, 2012

Kasih kerana Allah swt.

Ramadan yang mulia telah pergi, namun rohnya tetap di sini... Di hati kita... kita akan terus berusaha untuk mendidik diri... Marilah kita bersama saling kuat menguatkan, doa mendoakan, ingat mengingatkan, dengan sifat kasih dan mengasihi... Walau kita tidak pernah bersua, tetapi kesatuan cita-cita dan rasa… membentuk satu talian yang sukar diberi nama tetapi sangat tinggi maknanya... Apa lagi kalau bukan kasih mengasihi kerana Allah swt.

Thursday, August 16, 2012

HATI

Imam Ghazali pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah "memberontak" kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya. Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang selalunya menjadi rutin hidupnya. Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu "demonstrasi" seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.

Solat sunat Tasbih

Solat Sunat Tasbih dinamakan solat tasbih adalah disebabkan di dalamnya terdapat bacaan tasbih iaitu sebanyak 300 kali.

KAIFIAT MELAKSANAKANNYA

Sekiranya dilakukan pada waktu siang hari maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam.

Manakala sekiranya dilakukan pada waktu malam maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam.

CARA MENGERJAKANNYA

Terdapat dua cara untuk melakukan Solat ini :

1. Sesudah kita berniat dan bertakbir, kita membaca doa iftitah. Selanjutnya kita membaca tasbih sebanyak 15 kali . Kemudian membaca ta'awudz dan Al-Fatihah serta surah. Sesudah itu kembali membaca tasbih sebanyak 10 kali. Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua.

2. Bacaan tasbih sebanyak 15 kali dibaca selepas membaca surah, Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua dan pada menjelang untuk mengerjakan rakaat yang berikut.

Dan bagi rakaat terakhir maka tasbih dibaca sebelum membaca tahiyat.

3. Surah yang biasa dibaca ialah : Pada Rakaat 1 Surah At-Takathur (Alhakumuttakathur), Surah Al-Asr pada Rakaat 2, Surah Al-Kafiruun Rakaat 3 dan Surah Al-Ikhlas Rakaat 4.

Perlu diingatkan kalau sekiranya waktu siang hari bacaan tidak dibaca dengan kuat dan pada rakaat ketiga dan keempat hanya fatihah sahaja dibaca (seperti solat zohor dan asar)

NIAT

أُصَلِّى سُنَّةَ الْتَسْبِيْحِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالىَ

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Tasbih 2 rakaat kerana Allah Taala.

TASBIH YANG DIBACA

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ

Maksudnya : Maha suci Allah dan pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Besar. Tiada daya upaya melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Agung.



JADUAL TASBIH

1. 4 Rakaat 2 Salam

WAKTU
JUMLAH TASBIH
Slps Iftitah sebelum Fatihah
15
Sesudah surah Rakaat 1
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Selepas surah Rakaat 2
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Sebelum Tahiyyat
15
JUMLAH
150 X 2 = 300
2. 4 Rakaat 1 Salam

WAKTU
JUMLAH TASBIH
Slps Iftitah sebelum Fatihah
15
Sesudah surah Rakaat 1
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Selepas surah Rakaat 2
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Sebelum Tahiyyat Awal
15
Selepas Tahiyyat Awal
15
Sesudah Fatihah Rakaat 3
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Selepas Fatihah Rakaat 4
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Sebelum Tahiyyat Akhir
15
JUMLAH
300
DOA SOLAT TASBIH

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ تَوْفِيْقَ أَهْلِ الْهُدَى وَأَعْمَالَ أَهْلِ الْيَقِيْنَ وَمُنَاصَحَةَ أَهْلِ التَّوْبَةِ وَعَزْمَ أَهْلِ الصَّبْرِ وَوَجَلَ أَهْلِ الْخَشْيَةِ وَطَلَبَ أَهْلِ الرَّعْبَةِ وَتَعَبُّدَ أَهْلِ الْوَرَعِ وَعِرْفَانَ أَهْلِ الْعِلْمِ حَتَّى نَخَافَكَ .



اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مَخَافَةًَ تُحْجِزُنَا عَنْ مَعَاصِيْكَ حَتىَّ نَعْمَلَ بِطَاعَتِكَ عَمَلاً نَسْتَحِقُّ بِهِ رِضَاكَ وَحَتَّى نُنَاصِحَكَ فِيْ التَّوْبَةِ وَخَوْفًا مِنْكَ حَتَّى نُخْلِصَ لَكَ النَّصِيْحَةَ وَحَتَى نَتَوَكَّلَ عَلَيْكَ فِيْ اْلأُمُوْرِ كُلِّهَا وَحَتَّى نُحْسِنَ الظَّنِّ بِكَ ، سُبْحَانَ خَالِقِ النُّوْرِ.

Ya Allah, ya Tuhan kami, kami memohon taufik daripada-Mu sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk dan jadikan amalan kami ini seperti mana amalan ahli yakin dan jadikanlah kami dari golongan orang yang menerima nasihat orang-orang yang bertaubat dan keazaman kami seperti mana orang-orang yang sabar dan gementar kami seperti mana orang-orang yang takut dan kami memohon seperti mana permohonan orang yang suka kepada kebaikan dan beribadat seperti orang-orang yang warak dan jadikanlah pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke dalam orang yang takut kepada Engkau.

Ya Allah, kami memohon kepada-Mu, jadikan kami golongan yang takut yang menghalang kami daripada melakukan maksiat sehinggalah kami beramal dengan taat kepada-Mu amalan yang kami merasakan perlu mendapat keredhaan-Mu dan juga sehingga kami bersungguh-sungguh pada bertaubat serta takut kepada-Mu dan juga sehingga kami betul-betul ikhlas dan tawakal kepada-Mu dalam setiap perkara dan supaya kami menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau, Maha Suci Engkau sebagai Pencipta.

Wednesday, August 15, 2012

Antara MARUAH & gambar PAKWE

Pakwe. Boyfriend. Teman lelaki. Marka. Balak.

Namakan apa saja. Ia tetap bukan seorang lelaki yang sah, bergelar suami. Tahap, taraf dan martabatnya seinci pun tidak sampai ke kedudukan itu. Untuk ditaati, dihormati, disayangi, dirindui, langsung tidak berkelayakan. Itu syariatullah yang harus diakui oleh semua orang.

Saya kadangkala rajin juga melakukan blogwalking, samada dalam list sedia ada, ataupun daripada komen pembaca, ataupun daripada pautan lain di blog-blog mereka. Kebanyakan ‘perjalanan’ saya itu saya fikir masih berada dalam circle yang sama, iaitu pembaca atau bloggers yang punya minat pada agama. Dalam jiwa mereka, ada Islam.

Sebahagian besar mereka adalah remaja dan berjantina hawa. Isi kandungan blog pula lebih berkisar tentang kehidupan mereka serta apa sahaja yang dilalui. Sesekali diselit dengan tazkirah, dan kerap kali juga dipaparkan pelbagai artikel yang disalin daripada blog ilmuan lain. Kesimpulan mudah yang saya buat adalah, mereka ada jiwa untuk memberi, mempelajari dan mahu menjadi muslimah sejati.

Namun saya perlu akui, sebahagian besar mereka itu sedang asyik dalam kesilapan yang menjatuhkan maruah diri, dan lebih malang jika perkara itu tidak disedari.


Dalam blog, selain pelbagai widget di kiri atau kanan, gambar sendiri diedit cantik dan dipamerkan. Ditambah lagi satu, gambar kekasih hati turut sama terpampang. Gambar ‘budak lelaki’ itu juga diedit cantik dan ditulis pelbagai kata cinta di atasnya. Sangat gedik dan geli. Gejala sama turut menimpa para facebookers. Gambar profil berpurdah hitam dengan paparan mata yang konon menawan. Berpurdah katanya. Di bawahnya pula, status ‘in a relationship’ tertera penuh bangga dengan lelaki yang bukan suaminya.



SYARI’ATULLAH

Dikisahkan, wanita itu sifat malunya lebih tebal berbanding lelaki. Fitrah penuh hikmah yang diciptakan Allah. Islam datang mengangkat martabat mereka dengan pelbagai peraturan dalam syariat. Dan Islam terbukti sebagai sistem paling unggul dalam memuliakan wanita.

Ada perintah berhijab, merendahkan suara, menjaga pergaulan dan tutur kata. Secara tersirat, elemen-elemen itulah yang menambahkan lagi harga dan maruah seorang wanita. Mereka menjadi mulia dan mereka dimuliakan.

Tetapi apa akan terjadi, jika kesemua peraturan itu diabaikan?

Analogi yang selalu kita dengar, syariat itu umpama papan tanda di lebuh raya. Bayangkan apa akan terjadi, jika lori balak sama-sama bersaing di laluan kanan bersama motosikal dan kereta? Bayangkan pula, jika semua orang bebas memandu ke arah mana yang mereka suka, tanpa ada lampu isyarat ataupun papan tanda?

Begitu juga. Bayangkan bagaimana jika wanita yang seharusnya lebih mahal dan lebih tinggi sifat malunya, membakulsampahkan kesemua sifat tersebut di hadapan lelaki? Dan situasi ini sebenarnya telah banyak terjadi dan terus terjadi, terutama di kalangan gadis remaja kita.

Gejala mempamerkan wajah sendiri telah banyak diingatkan sebagai membahayakan maruah. Pelbagai bukti printscreen ditunjukkan bagaimana gilanya manusia yang mencuri dan membuat editing pada gambar-gambar kaum hawa. Namun kedegilan yang sama terus dipertahankan. Bahkan bertambah, dengan trend meletakkan bersama gambar teman lelaki masing-masing.

Apakah mereka fikir, itu suatu bentuk kebanggaan?



MARUAH

” Sayang papa sampai mati “

” My beloved one..forever n ever “

” Cayang kamuuu ..”

Ya. Itu antara ayat-ayat cinta ciptaan mereka. Pernah saya cuba menyelidik, adakah si lelaki turut melakukan perkara yang sama. Dan menyedihkan, kerana banyak yang saya lihat, si lelaki tidak pun meletakkan gambar teman wanita mereka bahkan seboleh-bolehnya kelihatan seperti mahu berlagak single dan belum berpunya.

Pernah juga saya lihat di facebook. Gadis muslimah tersebut, beriya-iya menukilkan madah cinta di wall teman lelakinya. Bahkan menggunakan aplikasi tulisan yang pelik-pelik penuh warna warni semata-mata untuk menyatakan ‘ saya sayang pakwe saya ‘. Di wall si lelaki, berderet ucapan yang sama, setiap hari. Tetapi aneh, si lelaki langsung tidak membalas. Si lelaki seolah ‘rimas’ dan seboleh-bolehnya mahu ‘berlepas diri’ dari kesemua perkara tersebut. Hanya post dari rakan-rakannya sahaja yang dibalas dengan ‘rela’.

Saya terfikir, si gadis seperti itu sebenarnya mengapa? Sakit jiwakah dia? Sudah hilang rasa malukah dia?

Oh, gambar profil facebook gaya arab. Pakai niqab hitam. Status-status yang ditulis, mengajak cinta kepada Allah. Ajak berburu Lailatul Qadr. Tetapi dia sanggup menghabiskan masa yang banyak ( pada hemat saya ) untuk membuat editing gambarnya dan dicantum dengan gambar si lelaki. Ditambah dengan pelbagai effect dan tulisan. Berhabis masa pula untuk membuat tulisan kelip-kelip , dedikasi untuk orang yang dia sayang. Apa sebenarnya yang dia cari?

Apa sekalipun rasa hati, mereka yang berada dalam situasi seperti ini harus segera sedar. Anda sedang menjatuhkan maruah diri anda sendiri.



MULIANYA ANDA

Jangan jadi gula-gula yang terdedah tanpa balutan plastik, kerana tiada orang akan memilih gula-gula itu berbanding yang masih tertutup dan tersimpan rapi di dalam bekas. Gula-gula yang terdedah, samalah seperti ucapan dan perbuatan yang menjatuhkan maruah. Pakaian anda, tudung atau jubah, tidak memberi sebarang makna jika anda sanggup merendahkan darjat anda ke tahap itu di alam maya.

Tidak ada sesiapa yang akan berbangga dengan status ‘ in a relationship ‘ anda di facebook, walaupun anda dan dia sudah bertunang. Kalau pertunangan itu pun disuruh rahsiakan, apatah lagi jika anda dan dia langsung tidak ada apa-apa ikatan dan sekadar bermain perasaan?

Menjadi trend, di usia remaja wajib punya pasangan. Seawal tingkatan satu, sudah punya teman istimewa dan diisytihar merata-rata. Bahkan ada juga yang memanggil budak lelaki mereka sebagai ‘hubby‘ atau suami. Kemudian, putus di tengah jalan. Lalu ditulis pula status-status penuh kesedihan.

” Saya relakan awak pergi. Mungkin kita tiada jodoh. Saya redha dengan suratan Ilahi. Kalau kita cintakan seseorang, kita pasti akan sanggup lepaskan dia untuk melihat dia bahagia..”

Gurindam putus cinta dari anak remaja yang baru tingkatan tiga.

Tidak berapa lama, gambar berganti. Dapat pula teman lelaki yang lain. Dapat boyfriend baru. Cinta berputik kembali. Gambar ditayang lagi. Hanyut kembali dalam ombak perasaan yang tidak bertepi.

Muliakah anda dalam situasi itu? Tinggikah nilaian anda dengan melakukan perkara seperti itu? Tenang dan damaikah jiwa anda dengan mainan perasaan seperti itu?



JALAN PULANG

Mungkin masih ramai menganggap, gambar teman lelaki kesayangan mereka itu sumber inspirasi. Dan kisah cinta mereka adalah pencetus motivasi. Tetapi sebenarnya, anda sedang bermain dengan harga diri. Islam mengangkat anda ke tempat yang cukup tinggi semata-mata untuk memuliakan anda sebagai wanita. Islam prihatin dengan sifat malu yang menjadi benteng maruah diri anda.

Jangan biarkan Syaitan terus-terusan menghiasi amalan anda. Hayati kembali keindahan syariat Islam. Perhalusi kembali hikmah di sebalik larangan.

Bercinta dan berhubungan dengan bukan mahram adalah satu dosa, dan mengisytiharkan dosa itu dengan bangga di khalayak ramai menambahkan satu lagi dosa. Di sebaliknya, maruah anda sebagai wanita sedang terhina.

Kembalilah pulang.

Masih belum terlambat untuk beralih memperbaiki kesilapan. Buang lah kesemua gambar teman lelaki anda kerana tidak ada apa yang hendak dibanggakan. Bangga sangatkah mempamerkan perlanggaran hukum Tuhan? Di facebook juga begitu, berhentilah dari status ‘ in a relationship ‘ dengan kaum adam yang bukan mahram. Lebih parah jika sampai tahap status ‘ married to ‘ yang tergamak dipaparkan dengan lelaki yang tiada ikatan.

Saya kasihan, kerana saya yakin, dalam diri mereka ada kecintaan kepada Islam. Dan mudah-mudahan, artikel ini mampu menyuntik sedikit kesedaran. Sayangilah diri anda sebagai kaum hawa yang dimuliakan Tuhan. Moga Allah memberi kekuatan untuk melakukan perubahan.


Copy from: myilham.com

Tuesday, August 14, 2012

Berhati-hatilah

Antara yang kecundang awal adalah yang lantang di depan si dara namun menikus bila disebut nama orang tua mereka. Gemar bercerita tentang mereka berdua namun beralih tajuk dan hambar bila disebut tentang kedua belah keluarga... Anda sebagai wanita perlu tambahkan ilmu dan berjaga-jaga. Sesetengah lelaki menjadikan sikap ‘gentleman’ itu sebagai ‘tiket’ untuk menawan hati anda sahaja. Baik mereka berlatarbelakangkan pengajian agama ataupun sekular, itu cerita nombor dua. Sejak bila pula Syaitan memilih bidang pengajian untuk dihambat ke jalan celaka?

Thursday, August 9, 2012

Tinggalkanlah maksiat

Imam al-Syafie pernah bersyair:

Aku mengadukan kepada Waki’ (guru beliau) tentang buruknya hafalan
Maka beliau membimbingku untuk meninggalkan perbuatan maksiat
Dan berkata, ‘Ketahuilah bahwa ilmu adalah cahaya
Dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat’

Beliau Berkata :

Barangsiapa ingin agar Allah membukakan hatinya atau meneranginya, maka dia harus meninggalkan pembicaraan yang tidak bermanfaat, meninggalkan dosa-dosa, menghindari perbuatan-perbuatan maksiat dan menyembunyikan amalan yang dikerjakan antara dia dan Allah. Jika dia mengerjakan hal tersebut, maka Allah akan membukakan ilmu baginya yang akan menyibukkan dia dari yang lainnya. Sesungguhnya dalam kematian terdapat perkara yang menyibukkan.”

Sunday, August 5, 2012

Benarlah, istiqamah itu lebih tinggi daripada karamah… kerana istiqamah itu sesungguhnya lebih sukar. Ia memerlukan mujahadah. Sedangkah karamah itu adalah anugerah. Mujahadah itu kerja kita. Anugerah itu “kerja” Allah.
Ah, jangan dikenang “lelaki misteri” berserban putih di masjid Nabawi yang kau temui tempoh hari tetapi carilah seorang guru atau teman yang sama-sama istiqamah di jalan Allah di kampung atau bandar sendiri. Jangan ditunggu sinar cahaya dari langit yang dilihat di bumi Makkah, tetapi cukup sekadar cahaya pelita yang berkerdip di surau sepi di desa sendiri.
Dan jangan dicari-cari sayup-sayup suara azan di angkasa lepas, tetapi sahutlah seruan azan yang begitu jelas menusuk di jendela rumah kita. Jika tidak dapat merasai kedinginan air zam zam… cukuplah sekadar merasa kedinginan air wuduk di Subuh hari. Ya Allah, bantulah kami -Mu mencari jalan kembali kepada-Mu!

Saturday, August 4, 2012

ALHAMDULILLAH, dapat lagi kita merayakan Aidilfitri yang mulia. Kali ini semuanya baru; pakaian baru, rumah baru tetapi yang lebih penting ialah jiwa baru selepas melalui proses tarbiah daripada madrasah Ramadan lalu.
Semoga puasa, sedekah, solat sunat Tarawih, bacaan al-Quran kita berjaya menjadi perisai kepada hati yang keras ini daripada sebarang bentuk musibah dan bahaya.
Sebagai muhasabah dalam merayakan Lebaran ini, kejayaan puasa kita sebenarnya diukur selepas kita melewati bulan Ramadan. Ada orang sepanjang Ramadan pergi ke masjid dan surau, tetapi selesai Ramadan, perkara itu tidak lagi dilakukan maka itu namanya ‘hamba Ramadan’ bukannya hamba Allah.
Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan, jadilah kamu hamba-hamba Allah dan jangan kamu menjadi hamba Ramadan. “Kun rabbaniyyan wala takun ramadhaniyyan” maksudnya berbuat baik bukan hanya bermusim.
Pergi masjid bukan ikut selera kita atau melihat orang ramai ke sana kita pun pergi. Kenapa kita hanya bersemangat pada bulan Ramadan? Oleh itu, marilah kita jadikan semangat serta kesungguhan di bulan Ramadan sebagai ‘percikan’ bagi meneruskan kerajinan pada 11 bulan mendatang.
Dalam suasana berhari raya di mana rumah terbuka sedang rancak di sana sini janganlah pula rumah Allah tertutup. Pada Syawal ini juga disediakan ‘pakej’ pahala pelengkap kepada puasa Ramadan.
Pakej ini menggambarkan kelebihan umat Muhammad s.a.w, iaitu boleh mendapat kelebihan seolah-olah berpuasa setahun. Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya. “Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan lalu diiringinya dengan puasa enam hari pada Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang masa. (Hadis riwayat Imam Muslim).
Hadis berkenaan menjelaskan kepada kita bahawa berpuasa pada bulan Ramadan dan diikuti pula dengan puasa sunat enam pada bulan Syawal, seolah-olah kita berpuasa sepanjang masa, iaitu selama satu tahun.
Justeru, umat Islam perlu merebut peluang ini kerana kelaziman amalan sunat dilakukan bertujuan menampal sebarang amalan yang berkurangan atau cacat dalam amalan fardu.
Menurut hukum fiqah, kita boleh memulakan puasa enam pada mana-mana hari sepanjang Syawal sama ada secara berterusan atau berselang seli.
Namun, afdalnya ialah pada hari kedua Syawal dan dilakukan secara berterusan sehingga hari ketujuh. Bagi wanita yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadan, puasa enam memberi peluang kepada mereka untuk menggantikannya di samping mendapat pahala puasa sunat.
Rasulullah s.a.w mensyaratkan `berpuasa Ramadan’ terlebih dulu, kemudian barulah mengiringinya dengan enam hari pada Syawal. Jika ada puasa Ramadan ditinggalkan, ia perlu diqada terlebih dulu kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.
Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah sunat yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan.
Berikut beberapa panduan kekal amalan baik selepas Ramadan antaranya:
Cuba mencari pertolongan Allah untuk membimbing anda berada di jalan lurus dan tetap teguh di landasan kebenaran. Mengenai perkara ini elok diperhatikan ayat 8 Surah Ali-Imran, maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): Ya Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.
Tekun mengerjakan ibadat (wajib) dengan penuh tanggungjawab.
Rajin mengerjakan ibadat sunat dan menjadikannya kebiasaan walaupun sedikit. Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Amalan terbaik kepada Allah ialah yang berterusan, walaupun ia sedikit.”
Baca al-Quran yang dipelajari ketika mengerjakan solat dan amalkan membacanya sekerap yang boleh.
Banyak berzikir (mengingati Allah) dan memohon keampunan daripada Allah. Amalan ini mungkin nampak kecil, tetapi jika selalu diamalkan, ia akan meningkatkan keimanan dan memberikan kekuatan kepada jiwa.
Berwaspada terhadap setiap perkara yang boleh memesongkan hati daripada jalan kebenaran.
Paling penting ialah taubat, iaitu menyesal atas kesalahan lalu kepada Allah dan bertekad tidak akan menyimpang daripada landasan kebenaran lagi. Allah suka apabila hamba-Nya kembali kepada-Nya dengan taubat yang sebenar-benarnya.

Friday, July 20, 2012

Ramadan

Ramadan datang lagi... Ahlan wasahlan... Masyarakat Islam menyambut Ramadhan dengan tanggapan yang berbeza berdasarkan keyakinan, tanggapan dan tahap ilmu masing-masing... Ada yang melihat di sudut kewangan, bagaimana Ramadhan boleh menambah atau mengurangkan pendapatan? Ada pula yang melihat di sudut kesihatan, bagaimana puasa mempengaruhi kesihatan tubuh badan? Manakala ada pula yang memandang di sudut pahala dan dosa, berkat dan fadhilat, rahmah dan maghfirah... Pandangan-pandangan secara langsung akan membentuk sikap dan perlakuan kita pada bulan yang mulia ini...

Salam Ramadan Al Mubarak dari Musafir Lalu sekeluarga... Mohon di Maafin Segala Dosa :)

Thursday, July 19, 2012

:)

Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah kerna kita masih lagi diberi nikmat hidup oleh Allah swt... Saudara/i yang dikasihi oleh Allah swt... Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Allah swt sentiasa mengatasi tadbir insan... Jangan cuba mengambil alih “kerja Tuhan” yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa... Insya-Allah.

Sunday, July 8, 2012

Ya Rabbi..
Ku coretkan warkah ini seikhlasnye buatMu yang sentiasa kurindui dan kucintai..
Entah kenapa tiba2 terasa gersang hati ini tatkala menyelati hari2 yang aku lalui selama ini..
Terasa hina sekali pabila ku koreksi kelemahan diri di hadapanMu yang selama ini tidakku sedari...
Terasa hiba bila Kau masih sudi mengurniakanku segalanya yang aku perlu walaupun nikmatMu seringkali tidakku syukuri..
Malah merasa begitu jahil bila melewati ilmuMu yang tiada terbatas...


Ya Allah..
Andainya diri ini Kau masih mengurniakan belas dan rahmatMu..
Aku mohon sejuta keampunan atas segala dosa dan noda yang pernah menghijab hati ini...
yang pernah menjadikan hati aku sekotor air yang keruh di kali, sehitam arang di lahang...
yang pernah menjadikan hati ini sering leka dengan kehidupan dunia yang melalaikan...
Dan seandainya diri ini masih berpeluang merasai nikmatMu, aku bersyukur Ya Allah..
Cukuplah Engkau segala-galanya bagiku sebagai hambaMu di pentas lakonan dunia ini..


Ya Ilahi...
Andainya coretan ini tiada ape nilai disisiMu..
Aku redha Ya Allah..
Malah aku sangat bersyukur..
kerna aku tahu segalanye yang tercatat hanyalah dari hati ini...
dan hati ini hanyalah Kau pemiliknya...
tiada siapa yang dapat melembutkan hati ini,
tiada siapa yang dapat memegang hati ini,
tiada siapa yang mampu memelihara hati ini,
dan tiada siapa yang mampu memberi keinsafan pada hatiku nan satu ini...
melainkan KAU Ya Allah,pemilik hati sekalian makhluk...
Terima kasih Ya Allah atas segala karunia ini..


Ya Latif...
Kau lembutkanlah hatiku sebagaimana air yang mampu melekukkan batu yang keras..
Kau sucikanlah hati ini dari segala palitan dosa dan noda yang membinasakan..
Kau hindarilah aku dari segala fitnah dunia yang menghancurkan...
Kau jadikanlah hari2 mendatangku ini lebih baik daripada hari2 yg pernah aku lalui..


Ya Muhaimin...
Ku dedikasikan coretan ini hanye buatMu yang kuagungkan...
Bukanlah sekadar coretan kesukaan..
namun sebagai coretan pengubat di kala lara..
moge dengan coretan ini mampu menjadikan diri ini tabah meniti ranjau kehidupan..
hanye Engkaulah segala pergantungan ku hadapkan...
moge hati ini tabah Ya Allah...Aminn..


Peringatan buat diriku dan dirimu..



Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman.
Surah Ali Imran : Ayat 139
Wallahu a'lam..sekadar perkongsian buat hati2 yg masih merasai keAGUNGANNYA..

Saturday, July 7, 2012

Anda memperolehi harta dari pekerjaan anda. Dan bagaimana anda membelanjakan harta yang anda perolehi. Salah satu petanda harta yang kita miliki itu tidak berkat apabila ia dibelanjakan ke arah sesuatu yang sia-sia dan tidak mendatangkan manfaat bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga kepada orang lain juga. Pemiliknya mungkin membazirkan hartanya begitu sahaja tanpa disedarinya.
Harta yang berkat pula adalah harta yang digunakan untuk manfaat dirinya, bahkan menyumbang kebaikan kepada orang lain. Jika ia dibelanjakan, pemiliknya akan membelanjakannya ke jalan yang baik. Ini adalah soal keberkatan bukan soal sedikit atau banyak harta tersebut...

Friday, June 29, 2012

Terimalah

Sebaiknya pastikan kita sanggup menerima bukan sahaja yang indah tetapi juga yang hodoh pada wajah batin pasangan kita... Keburukannya akan kita cuba sama-sama atasi dan jika tidak, kita terima seadanya kerana kita sedar kita berkahwin dengan manusia bukan malaikat :)

Saturday, June 2, 2012

:)

istikharah yang betul dan tepat sekalipun bukanlah jaminan untuk kita tidak diuji... Istikarah kita tetap mengundang musibah… kerana itulah sunnatullah yang tidak berubah-ubah dan tidak sekali-kali bertukar ganti... Hidup dan mati kita adalah untuk di uji... Dunia dan medan rumah tangga hakikatnya adalah medan ujian siapakah diantara kita yang terbaik amalannya...

Tidur

Awas diri ku, jangan leka, jangan alpa…mungkin tidur mu nanti adalah tidur yang selama-lamanya.Sudahkah dirimu bersedia?

Saturday, May 5, 2012

Niat

Banyak yang perlu dipertimbangkan. Bukan dengan akal dan pemikiran sahaja, tetapi juga dengan hati dan perasaan... Kekadang logik itu menyakitkan... Kekadang emosi itu lepas dari kendali realiti dan kenyataan... Pohon hidayah Allah swt juga untuk membuat keputusan yang tepat dan tindakan yang paling bermanfaat...


Selamat Beramal...

Friday, May 4, 2012

Jarak & waktu

Tahukah kita yang sebenarnya jarak itu ada hikmahnya... Supaya kita tidak banyak melakukan dosa... Tahukah kita Allah swt menjarakkan kita supaya kita mencintaiNya lebih dari segalanya... Dan tahukah kita yang Allah swt menjarakkan kita supaya kita merinduiNya dahulu sebelum kita merindui sesama manusia...

Friday, April 27, 2012

Guru ku

bukan gurukah itu, yang memujuk sang peguam ketika ia menangis di hari pertamanya?

bukan gurukah itu, yang menemani sang irsiniur ketika ia ingin ke tandas?

bukan gurukah itu, yang mencuci seluar sang ustaz ketika ia kencing ketakutan?

bukan gurukah itu, yang memberi wang ketika sang menteri tidak membawa bekal?

bukan gurukah itu, yang menghantar sang seniman ketika ia ketinggalan bas?

bukan gurukah itu, yang bersengkang mata menanda kertas sang doktor?

bukan gurukah itu?

Bukan GURU kah itu?

bukan gurukah itu,

yang mengajar sang peguam,

berkata hingga ia bisa berhujah di mahkamah?

bukan gurukah itu,

yang mengajar sang irsiniur,

mengira hingga ia bisa membina menara ke langit?

bukan gurukah itu,

yang mengajar sang ustaz,

mengaji hingga ia bisa mentafsir al-Quran?

bukan gurukah itu,

yang mengajar sang menteri,

berbakti hingga ia bisa membantu bangsanya?

bukan gurukah itu,

yang mengajar sang seniman,

menulis hingga ia bisa dianugerah seniman negara?

bukan gurukah itu,

yang mengajar sang doktor,

membalut luka hingga ia bisa membelah otak manusia?

bukan gurukah itu,

yang memujuk sang peguam ketika ia menangis di hari pertamanya?

bukan gurukah itu,

yang menemani sang irsiniur ketika ia ingin ke tandas?

bukan gurukah itu,

yang mencuci seluar sang ustaz ketika ia kencing ketakutan?

bukan gurukah itu,

yang memberi wang ketika sang menteri tidak membawa bekal?

bukan gurukah itu,

yang menghantar sang seniman ketika ia ketinggalan bas?

bukan gurukah itu,

yang bersengkang mata menanda kertas sang doktor?

bukan gurukah itu?

Siapa kita...

Bilakah kita dapat memadamkan... Perbezaan keturunan yang kian membakar kita... Dan membiarkan curahan minyak yang kian menyala... Oleh mereka yang sering bermuka dua?... Bilakah kita dapat mempertaruhkan nasib... anak-anak kita yang tak berdosa... dan generasi akan datang keturunan kita... menjadi mangsa keturunan yang berbeza... oleh mereka yang mementingkan laba dan kuasa...

Aku bukan sosialis

“MasyaAllah, kamu ni biar betul? Nak bawa orang macam ni masuk bagi ceramah pada ahli kita?”

Suara Jamal memecah kedinginan malam.

“Rambut panjang, pakai rantai, seluar ketat. Akhlak tak tengok lagi. Tak ada orang lain dah ke sampai terdesak sangat? Apa yang dia ada sampai kamu nak bawa dia masuk UIA?”

“Dia orang kita ke?”

Sampuk Abu.

“Confirm lah bukan orang kita kalau macam ni. Kamu ni kenapa sebenarnya?”

Bertalu-talu persoalan dilontar pada Nasir bila ideanya untuk membawa masuk Hamid ke dalam UIA untuk memberikan syarahan awam.

Nasir tetap terdiam.

‘celaka!’ jerit Nasir dalam hati.

“Kamu dah terpengaruh dengan idea dia? Itu lah kamu, kami dah pesan, jangan sibuk-sibuk nak pergi dengar ceramah sana, ceramah situ, nanti jadi apa-apa susah! Tengok sekarang, sibuk nak bawa orang sosialis masuk. Kamu tak takut apa orang kata pada gerakan kita?”

“Ni kamu buat ada kelulusan tak?”

“Tak ada. Saya nak buat secara illegal.” tenang Nasir menjawab.

“ILLEGAL!?” tanya Abu minta kepastian dari Nasir.

“Ya, illegal. Apa guna minta kebenaran, sah-sah tak dapat. Tengok saja di kampus lain. Mudah-mudah kena reject.” Nasir mempertahan diri.

“Kami ni bukan apa Nasir, kami ni risaukan kamu tu. Kamu baru lagi dalam perjuangan ni. Jangan ikut darah muda kamu tu. Kami ni dah nak grad, dah lebih dulu makan garam dari kamu. Kalau jadi apa-apa macam mana? Kalau kena serbu dengan guard, kamu nak buat apa?”

“Saya tahu apa risiko dia, dan saya berani tanggung sendiri. Bukan kah abang-abang juga yang selalu ingatkan saya tentang risiko dalam berjuang? Kalau pergi ke demo abang boleh yakinkan saya supaya jangan takut, kenapa sekarang saya nak buat program, abang takut-takutkan saya?”

“Tapi dia tu SOSIALIS!”

“Apa salahnya kalau dia sosialis? Berdosakah kalau kita dengar idea sosialis? Apa ada dalam mana-mana ayat yang mengatakan ilmu itu datang dari orang Islam saja? Kalau pimpinan boleh terpengaruh dengan pakar motivasi kafir dari Barat, kenapa saya nak dengar orang sosialis bercakap, tak boleh? Apa masalahnya? Adakah dengan mendengar syarahan sosialis, maka saya akan jadi sosialis? Kalau kita yang perjuangkan idea Islam ini selalu merungut tentang sekatan itu sekatan ini, kenapa bila tiba giliran orang, kita juga mahu adakan sekatan?

Bukankah Buya Hamka pernah berpesan bahawa Allah mengurniakan hikmah kepada siapa saja yang dikehendakiNya? Tak ada dalam sejarah tamadun manusia mereka belajar ilmu dari kalangan mereka saja. Bahkan tamadun Islam juga berdiri di atas ilmu yang dikutip dari tamadun-tamadun lain.

Saya mahu bawa Hamid bukan kerana saya nak sosialiskan budak-budak kita, tapi saya mahu meraikan kepelbagaian. Orang sosialis pun nak berjuang juga!

Bukan orang Islam saja yang mahu keadilan. Bukan orang Islam saja yang mahu kebenaran. Orang lain pun mahu juga! Apa salah memberi ruang kepada orang lain untuk berjuang juga? Kalau matlamat kita sama, kenapa mahu berebut?”

“Haih, hebat kamu bercakap. Belajar dari sosialis?” sindir Jamal.

“Kalau betulpun saya belajar dari dia, kenapa? Ada salahkah?” balas Nasir.

“Masalahnya, macam mana kalau idea sesat dia tu mempengaruhi budak-budak lain?”

“Abang tak yakin dengan kekuatan Islam? Sampai abang perlu risau tentang idea lain mempengaruhi budak-budak kita? Kenapa mesti menyekat orang lain kalau idea kita diyakini benar? Lawan idea dengan idea, bukan dengan sekatan!

Kalau dia bawa sosialis, itu hak dia sebagai sosialis. Tugas kita adalah untuk membetul apa yang kita rasa salah. Apa guna kita menyekat idea orang? Kita punya ramai pemidato yang hebat. Bila dia bawa idea sosialis dan hentam idea Islam, apa tak mampu kita membalasnya?

Lihat Syeikh Ahmed Deedat. Bagaimana Almarhum mempertahankan Lailaahaillallah? Dengan debat, bukan? Debat yang terbuka, kerana keyakinan bahawa Islam itu benar!”

“Payah bercakap dengan kamu ni! Kalau jadi apa-apa, tanggung sendiri!” Jamal menamatkan perbincangan mereka.

Bersambung….


REKAAN SEMATA-MATA. TIADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAU YANG MATI.

Musafir Lalu

kajang pak malau kajang berlipat, kajang hamba mengkuang layu... dagang pak malau dagang bertempat, dagang hamba MUSAFIR LALU...

Orang yang BAIK

Cara Mengenal Seseorang Itu Sudah Baik
Setiap orang Islam itu tidak boleh diukur yang dia baik
waktu datang bersembahyang di masjid sahaja
Belum boleh diukur yang dia baik sering sembahyang berjemaah di rumah Allah
Jangan lagi dilabelkan dia baik selalu naik haji dan buat umrah berulang kali
Tasbih di tangan, wirid dan zikir tidak lekang
Kerana itu semuanya ibarat berladang, baru menanam pokok
Tidak semestinya menanam pokok, pokok itu berbuah lebat dan banyak
Tidak semestinya menanam pokok, mendapat hasil yang memuaskan
Orang yang beribadah tadi kita lihat dahulu di dalam pergaulannya, bagaimana?!
Bagaimana sikapnya di dalam pergaulan mereka?
Mereka berkasih sayang atau tidak?
Mereka bertimbang rasa atau sebaliknya?!
Bagaimana dia menggunakan lidahnya?!
Mereka menyakiti orang? Menghina orang? Menfitnah orang?
Dengan orang miskin dan susah mereka menolong?
Atau buat tidak tahu sahaja kesusahan orang?!
Adakah mereka pemaaf? Meminta maaf, pemurah? Sabar dengan ujian?
Redha dengan takdir Tuhan?!
Mereka mengutamakan diri?! Atau mengutamakan orang lain?
Apakah mereka merasa susah dengan kesusahan orang?
Senang pula dengan kesenangan orang?
Kalau kita dapat menjawab dengan baik dan tepat,
memang kita kenal orang baik dan orang jahat
Ibadah mereka berbuah, orang yang ibadahnya berbuah itulah orang baik
Kalau ibadah sahaja banyak, tapi tidak berbuah, itu bukan orang soleh
Mengukur orang baik bukan dengan banyak ibadahnya
Tapi diukur berbuahkah ibadahnya?
Tinggikah peri kemanusiaannya oleh ibadahnya?!
Posted by Mujahid Al Faqir 0 comments
Labels: Tasawuf

Sunday, April 15, 2012

duka by Dr Abdul Mannan

Adakah manusia yang bisa bahagia dengan duka? Rasanya tidak mungkin ada manusia yang mau menjadikan duka sebagai suatu kebahagiaan dalam hidupnya. Itulah mengapa banyak orang yang kini rela melakukan kejahatan hanya karena agar dia tidak kehilangan pekerjaan, jabatan, ataupun kehormatan.

Hampir setiap orang menolak yang namanya duka dan berusaha sekuat tenaga untuk hidup bahagia. Akibatnya, tidak sedikit di antara mereka yang bersikap pragmatis, egois, individualis, dan hedonis. Bahkan, mereka mau melakukan apa saja yang penting dia tidak miskin, tidak dikucilkan dan tidak dihukum.

Walaupun kadangkala hatinya menjerit karena letupan-letupan kesadaran yang terkadang muncul akan perilakunya yang telah melanggar aturan Tuhan, mereka tetap saja lebih memilih menjauh dari duka demi hidup bahagia. Ingkar janji, dusta, dan khianat dipaksa menjadi karakter dalam dirinya demi untuk menghindari duka.

Apalagi di zaman sekarang yang himpitan ekonomi begitu berat, kejujuran sudah dianggap bukan masanya lagi, dan korupsi diyakini wajar, sehingga menjadikan sebagian besar umat manusia makin berani menggadaikan imannya. Padahal, kalau dicermati, duka yang mereka hindari dengan cara curang itu, sejatinya adalah jalan tol menuju duka nestapa yang tiada tara.

Duka di dunia hanyalah sementara sebagaimana senang di dunia juga tidak selamanya. Sementara pembalasan Tuhan pasti adanya. Seorang Muslim wajib untuk hidup dengan tidak melanggar aturan Tuhan. Sekalipun terkadang untuk hidup seperti itu harus banyak melakukan pengorbanan, merasakan penderitaan, kesengsaraan, dan duka nestapa yang mendalam.

Tetapi, itulah mahar yang harus kita berikan untuk bisa mendapat kebahagiaan abadi di dalam surga. Apabila kita telah memahami hal ini, insya Allah kita akan bisa menjalani hidup ini tetap bahagia meskipun harus bersahabat dengan duka. Duka sejatinya adalah mahar untuk bahagia.

Hal itulah yang dilakukan oleh Nabi Yusuf AS. Sejak kecil dia hidup tidak dalam kebahagiaan. Dia menjadi anak Nabi Ya’kub yang dibenci oleh saudara-saudaranya dia pun harus rela dilempar ke dalam sumur. Kemudian, dia hidup sebatang kara di negeri orang dengan status sebagai budak belian.

Tak cukup di situ, Nabi Yusuf juga difitnah, hingga harus mendekam dalam penjara. Tetapi, semua itu dilalui dengan nuansa hati yang tetap bersih dari kotoran nafsu. Kebersihan hatinya membuatnya rela di penjara.

“Yusuf berkata, ‘Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan dari padaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh’." (QS Yusuf : 33).

Demikianlah sikap Nabi Yusuf terhadap duka dalam hidupnya. Setiap fase ujian, dilaluinya dengan penuh kesabaran dan harapan akan pertolongan Allah SWT.  Hingga ia diangkat derajatnya oleh Allah SWT dengan menjadi pengelola ekonomi di Mesir.

Friday, April 13, 2012

Ibu

dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang... dia girang dan ceria saat melihat sahabat tertawa... dia begitu bahagia mendengar kelahiran kita... Hatinya begitu sedih saat mendengar berita sakit dan kematian... Tetapi dia selalu mempunyai kekuatan untuk mengatasi hidup, dia tahu bahawa sebuah harapan dan kasih sayang dapat menyembuhkan luka...

Hanya Satu Kekurangan darinya...

DIA LUPA BETAPA BERHARGANYA DIRINYA...

Thursday, April 12, 2012

Solat ya

Mari kita timbang kita susun dalam doa – doa padaNya. Kita jadikan doa sebagai senjata yang paling ampuh... Senjata untuk saling menemukan juga senjata untuk mengimbangi hiruk – pikuk dunia yang melenakan... Semoga kita saling menemukan... Insya-Allah.

Janji Allah itu pasti

Janji Allah swt Maha benar, walau nun di samudera raya, walau nun di langit tinggi, walau di kamar sepi, walau di kamar besi... Mati itu tetap Pasti...

Friday, April 6, 2012

Kita

kata kita... Ucap kita... Hanya mainan rasa... disapu angin yang lalu... sedangkan itu satu kemurkaan... "MENGAPA TIDAK DIKOTA APA YANG KITA PERKATAKAN"...

Mati nanti...?

apakah bekalan yang akan kubawa... mungkin harta tidak terbilang... mungkin ilmu sayup mata memandang... mungkin jua... sebuah rumah setinggan @ hanya sebuah batu nisan yang usang... jua mungkin debu-debu yang berterbangan...