Saturday, April 30, 2011

Nikmat dengki...?

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Nasa’i, Anas bin Malik menceritakan satu peristiwa yang dialaminya dalam sebuah majlis bersama Rasulullah s.a.w.

Suatu hari semasa para sahabat duduk bersama Rasulullah s.a.w., baginda bersabda yang bermaksud: “Sebentar lagi akan muncul di hadapan kalian seorang lelaki penghuni syurga.”

Seketika kemudian muncul seorang lelaki Ansar yang janggutnya basah oleh air wuduknya. Dia mengikat kedua-dua sandal pada tangan sebelah kiri.

Keesokan harinya, Baginda mengulangi perkataan yang sama “Akan datang seorang lelaki penghuni syurga”. Dan muncul juga lelaki yang sama. Begitulah Nabi mengulangi sehingga tiga kali.

Seusai majlis Rasulullah s.a.w. itu, Abdullah bin Amr Bin al-Ash r.a. mengikuti lelaki tersebut dan mencari helah untuk tinggal bersama.

“Saya bertengkar dengan ayah saya, dan saya berjanji kepada ayah saya bahawa selama tiga hari saya tidak akan menemuinya. Bolehkah kamu memberi tempat perlindungan kepada saya selama tiga hari itu?”, pintanya kepada lelaki tersebut.

Abdullah diizinkan oleh orang itu ke rumahnya dan tidurlah dia di sana selama tiga malam. Selama itu Abdullah ingin menyaksikan ibadah apakah yang dilakukan oleh lelaki tersebut sehingga Baginda mengatakan sedemikian rupa.

Namun, dia hampa, kerana tiada satu apapun yang istimewa pada ibadah lelaki tersebut.

Berkata Abdullah: ” Setelah tiga hari aku melihat amalannya sehingga hampir-hampir aku meremehkan amalannya, lalu aku berkata “Wahai hamba Allah, sebenarnya akyu tidak bertengkar dengan ayahku apatah lagi menjauhinya. Tetapi aku mendengar Rasulullah s.a.w. berkata tentang dirimu sampai 3 kali, “Akan datang seseorang daripadamu sebagai penghuni syurga”.

“Aku ingin memerhatikan amalanmu supaya aku dapat menirunya. Mudah-mudahan, dengan amalan yang sama aku mencapai kedudukanmu.”

Berkata lelaki itu “Apa yang aku amalkan tidak lebih daripada apa yang engkau saksikan.

Ketika aku (Abdullah) mahu pulang, dia memanggilku dan berkata “Demi Allah, amalku tidak lebih daripada apa yang engkau saksikan itu. Hanya aku tidak pernah menyimpan pada diriku niat yang buruk terhadap kaum Muslim, dan aku tidak pernah rasa dengki kebaikan yang Allah beri kepada mereka”

Lalu aku berkata “Begitu bersihnya hatimu daripada perasaan buruk terhadap kaum muslim dan bersihnya hatimu daripada perasaan dengki, inilah yang menyebabkan engkau sampai ke tahap terpuji itu. Inilah yang tidak mampu kami lakukan.”

(Hayat al-Shahabah, jilid 2, m/s 520-521)

Nampak macam biasa jak bila kita tiada perasaan dengki, hakikatnya, itulah kemuliaan yang Allah beri kepada mereka yang menjaga akhlak mereka. Memang nyata dengki itu nikmat, yakni nikmat neraka. Akhlak buruk, ibadah rosak.

Dengki...

Wednesday, 18 November 2009 15:27 | Author: WAS |
Assalamualaikum,

"Hindarilah sifat dengki kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering." (HR Bukhari dan Muslim)

Betapa indahnya hidup yang Allah swt anugerahkan buat hamba-hambaNya yang beriman kerana tidak ada satu gerakan hati dan fizikal pun yang berakhir dengan sia-sia. Semuanya bermakna.

Sungguh rugi mereka yang tidak mampu memahami indahnya hidup dalam persaudaraan iman. 

1. Ada kebencian dalam hati. 

2. Ada permusuhan dalam diri.

3. Ada dengki yang tiba-tiba mendominasi.

Ada Pembangkangan Di Sebalik Dengki 

Jika diteliti sekilas lalu, dengki menunjukkan wujudnya ketidakberesan antara seseorang dengan orang-orang tertentu. 

 


Kesan itu sedemikian kuatnya terutama dari para pelaku dengki bahkan mungkin ia pun tidak sedar kalau dirinya sedang dengki. Padahal, dengki bukan hanya urusan antara manusia melainkan juga dengan Allah swt.

Inilah yang tidak disedari oleh para pendengki. Tanpa sedar, orang yang dengki sebenarnya sedang menafikan sebuah kebijaksanaan Yang Maha Bijaksana. Ia tidak puas dengan turunnya nikmat Allah kepada orang tertentu. Seolah-olah ia ingin mengajukan protes kepada Allah swt.,

"Kenapa mesti dia yang dapat nikmat, bukan saya!"

Rasulullah saw menggambarkan perkara ini dalam sebuah hadits :

"Sesungguhnya pada nikmat Allah Ta'ala itu terdapat musuh-musuh. Baginda ditanya, "Siapakah musuh-musuh itu, ya Rasulullah?" Baginda menjawab, "Mereka ialah orang-orang yang dengki terhadap orang lain atas anugerah yang diberikan oleh Allah."

Jadi, seorang yang sedang dengki sebenarnya bukan sekadar melakukan kesalahan terhadap rakan, saudara atau sesiapa pun yang ia kenali.
Ketika dengki itu mulai berkobar, ia sebenarnya sedang melakukan pembangkangan terhadap kebijaksanaan Allah swt.

Ada Kerisauan Yang Tidak Putus Bersama Dengki 

Salah satu kunci bahagianya sebuah kehidupan adalah lahirnya ketenangan dalam hati. Ketenangan inilah yang menjadikan aliran darah normal. Jantung tidak berdenyut secara mendadak. Dari situ, fikiran terasa segar, fizikal tidak lagi sibuk melawan bermacam penyakit. 

Inilah di antara ciri khas peribadi seorang mukmin, "(Iaitu) Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." (QS Ar-Ra'd : 28)

Namun, ketika dengki menyelinap ke dalam hati, suasana menjadi lain. Ada hembusan panas yang tiba-tiba mengepung hati. 

Seorang ulama hadits, Abu Laits pernah mengatakan, 

"Tiada sesuatu yang lebih jahat daripada dengki. Seorang pendengki akan terkena empat bencana sebelum dengkinya berhasil, iaitu 

1. Risau hati yang tidak putus-putus

2. Musibah yang tidak berpahala

3. Tercela yang tidak baik

4. Murka Allah swt

Seorang hamba Allah sebenarnya sudah teramat sibuk dengan urusan peribadinya mahupun urusan keimanan, kesihatan, pendidikan, ekonomi, dakwah, keluarga dan umat. Semua urusan itu silih berganti mengambil perhatian dan kesibukannya.

Bayangkan, jika urusan peribadi itu ditambah dengan dengki. Terlebih pula jika dengki yang lahir bukan pada satu orang tapi pada beberapa orang. Tentu akan ada beban yang teramat berat buat fikiran dan emosi pendengki dan beban itu akan menumpukkan kegelisahan yang tidak pernah habis.

Ada Kesia-siaan Setelah Dengki

Setiap hamba Allah menginginkan semua amalnya bernilai tinggi. Ada tabungan pahala untuk hari pembalasan namun tidak semua hamba Allah menyedari jika suatu ketika amalnya berkurangan secara drastik dengan satu sebab dan sebab itu adalah kesibukan dengki yang tidak pernah selesai. Rasulullah saw mengingatkan perkara ini seperti yang tercatat pada hadits di permulaan tadi.

Ada kesia-siaan yang diperolehi oleh para pendengki. Tanpa sedar, amalnya terus berkurang dan berkurang berkadaran dengan kedengkiannya. Pengorbanannya di jalan dakwah menjadi tidak bererti. Susah payah ibadahnya menjadi tidak berpahala, Nau'dzubillahi Min Dzaalik.

Ada Hawa Permusuhan Dalam Dengki

Ada ciri khusus seorang mukmin dalam interaksinya dengan sesama mukmin. Itulah yang digambarkan oleh Rasulullah saw dalam sebuah hadits.

Beliau saw bersabda, "Tidak beriman seorang dari kamu sehingga dia mencintai segala sesuatu bagi saudaranya yang dia cintai bagi dirinya." (HR Al-Bukhari)

Kadang-kadang, ciri tersebut hilang bersamaan dengan munculnya dengki. Ia tidak lagi sedar bahwa seorang mukmin mempunyai ciri cinta. Lebih menyedihkan lagi bahwa ia tidak lagi berhak menyandang posisi istimewa sebagai orang yang beriman.

Dengki bukan hanya melepas jalinan cinta antara sesama mukmin. Lebih dari itu, dengki memunculkan hawa permusuhan. 

Ada jarak batin ketika dua hamba Allah yang dijangkiti dengki itu bertemu. Tatapan antara keduanya menjadi sebuah kecurigaan dan senyum menjadi sesuatu yang hambar.

Bahkan, panasnya permusuhan begitu terasa hanya kerana nama orang yang didengki tersebut disebut orang. Lebih-lebih lagi ketika penyebutan berkenaan dengan keistimewaan atau kemuliaan orang itu di mana dengki itu terus memainkan peranan menggiring hati dan fikiran secara optimum bagi mengolah reaksi terhadapnya.

Ketika itu, tidak ada setitik kebaikan pun terlihat dari kacamata dengki. Semuanya buruk.

Imam Ibnu Sirin pernah berkata :

"Aku tidak dengki dengan seseorang ke atas sesuatu yang berkaitan dengan dunia, kerana jika dia di kalangan ahli Syurga maka bagaimana aku dengki terhadapnya sedangkan ianya berkaitan dengan urusan dunia dan dia sedang menuju ke Syurga. Jika dia di kalangan ahli Neraka maka bagaimana aku dengki terhadapnya sedangkan ianya berkaitan dengan urusan dunia lantas dia sedang melalui jalan ke Neraka. Iblis telah berkata kepada Nuh as, `janganlah kamu sesekali berdengki, sesungguhnya ianya telah menjadikan aku seperti sekarang ini.'"

Alangkah indahnya hidup tanpa dengki. Siang memberi kekuatan fizikal untuk giat berkarya manakala malam pula mententeramkan hati untuk lelap beristirehat. 

Sungguh indah nasihat Rasulullah saw buat generasi penerus :

"Janganlah kamu saling mendengki, saling memfitnah (untuk suatu persaingan yang tidak sehat), saling membenci, saling memusuhi dan jangan pula saling mengikat transaksi orang lain. Jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara muslimnya yang lain, ia tidak menzaliminya, tidak mempermalukannya, tidak mendustakannya dan tidak pula memperlecehkannya. Taqwa tempatnya adalah di sini –seraya Nabi saw menunjuk ke dadanya tiga kali." (HR Muslim)

Fitnah dalam hadis di atas merupakan salah satu cara yang digunakan oleh para pendengki dan ia menyerupai sihir kerana ianya mampu menceraikan rasa cinta di antara dua orang sahabat dan mengubahnya menjadi permusuhan dengan cara yang sangat halus dan menipu.

Fitnah mampu merosakkan jati diri orang-orang yang jujur seperti kegelapan malam yang boleh menyesatkan orang yang tengah berjalan di kegelapan itu.

Tidak mudah bagi seseorang untuk berhati-hati agar tidak terkena fitnah apabila ia disebarkan kerana seringkali ucapan dari para penyebar fitnah kelihatan benar sehingga amat sukar untuk didustakan.

Oleh itu kita memerlukan kekuatan yang lebih besar dari kekuatan diri kita sendiri iaitu kekuatan Allah swt. Sayugianya kita memohon perlindungan dari Allah swt dari bahaya dengki dan para pendengki sebagaimana yang diajar oleh Allah dalam ayat berikut :

"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia mendengki." (QS Al Falaq : 5)

1. Siapakah berani menikam orang yang meminta perlindungan kepada Allah swt?

2. Siapakah berani menghiris jiwa orang yang memohon penjagaan Allah swt?

3. Siapakah berani menuang racun ke dalam minuman seorang hamba yang dekat dan rapat dengan Tuhannya?

4. Siapakah yang berani sedangkan Allah swt bersama kita?

Begitulah kekuatan surah Al-Falaq yang menggambarkan kekuatan Allah swt, Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh kita lakukan sebagai mujahadah terhadap dengki :

1. Setiap kali orang yang kita dengki mendapat kejayaan, maka kita ucapkan selamat kepadanya dan sebaliknya apabila dia tertimpa kesusahan maka kita menumpang sedih juga atas apa yang menimpanya serta menghiburkannya.

2. Sanjung, sebut dan pujilah kebaikan serta keistimewaan orang yang kita dengki di belakang dia dan kalau ada keburukannya kita rahsiakan. Doakan kebaikan untuknya.

3. Sering-seringlah bersilaturahim serta memberi hadiah kepada orang yang kita dengki tersebut. 

4. Kalau ada orang yang berusaha menjatuhkan orang yang kita dengki itu, berusahalah untuk membelanya. Jangan melayani syaitan yang hendak merosakkan mujahadah kita dengan mendorong kita untuk ikut mengumpatnya. 

5. Berdoa kepada Allah agar dimudahkan usaha untuk membuang penyakit dengki yang ada dalam diri kita.

Ya Allah, kami memohon perlindunganMu dari kejahatan orang yang dengki apabila ia mendengki. Cabutkanlah dari dalam hati kami hembusan panas dan hawa permusuhan yang diakibatkan oleh rasa irihati dan dengki kerana sesungguhnya ianya berasal dari hembusan syaitan. Selamatkanlah hamba-hambaMu yang ikhlas dan jujur dari kejahatan dengki serta teguhkanlah iman dan kesabaran kami dalam menghadapi mehnah dan fitnah hasil dari kedengkian manusia.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS 

Mari bersolat...

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.

Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :

- Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

Posted in Melayu | 3 Comments »

Bacaan Sesudah Solat
March 15th, 2008
Perlu diketahui bahawa semua bacaan (dzikir dan do’a) sesudah solat, hukumnya adalah sunat yang dianjurkan (sunnat muakkad), bukan wajib.

Bacaan dzikir dan doa tersebut antara lain:

1. Astaghfirullaahal ‘azhiim (3x)

Saya mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung

2. Allaahumma antas salaam, wa minkas salaam, tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikraam

Ya Allah, Engkau Maha Sejahtera, dan dari-Mu lah kesejahteraan, Maha Berkat Engkau ya Allah, yang memiliki kemegahan dan kemuliaan

3. Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariikalah, lahul mulku walahul hamdu, wahuwa ‘alaa kulli syain qadiir

Tidak ada Tuhan selain Allah saja, Dia Sendiri-Nya, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya lah kerajaan dan pujian dan Dia berkuasa atas segala-Nya.

4. Allaahumma laa maani’a limaa a’thaita walaa mu’thiya limaa mana ‘ta walaa yanfa’u dzal jaddi minkal jaddu

Ya Allah, tidak ada sesuatu yang dapat menghalangi pemberian-Mu, dan tak ada pula sesuatu yang dapat memberi apa-apa yang Engkau larang, dan tak ada manfaat kekayaan bagi yang mempunyai, kebesaran bagi yang dimilikinya, kecuali kekayaan dan kebesaran yang datang bersama ridha-Mu

5. Membaca tasbih, tahmid, takbir, dan tahlil, yaitu:

Subhaanalaah (33x) “Maha Suci Allah”

Alhamdulillaah (33x) “Maha terpuji Allah”

Allaahu Akbar (33x) “Allah Maha Besar”

La ilaaha illallaahu wahdaahu laa syariikalah, lahul mulku walahul hamdu wahuwa ‘alaa kulli syain qadiir (1x)

Tidak ada Tuhan selain Allah, sendiri-Nya; tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya lah kerajaan dan pujian. Dia Maha Kuasa atas segala-galanya.

6. Surah Al Ikhlas dan surah Al Mu’awwidzatain (yaitu surah Al Falaq dan An-Nas)

a. Surah Al Ikhlash:

Qul huwallaahu ahad (”Katakanlah : Allah itu Esa!”)

Allaahush shamad (”Allah tempat meminta”)

Lam yalid walam yualad (”Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan”)

Wa lam yakun lahu kufuwan ahad (”Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya”)

b. Surat Al Falaq

c. Surah An Nas

7. Ayatul Kursiy (Surah Al Baqarah 255)

Allaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa biidznih, ya ‘lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in min’ilhimi illaa bimaa syaa-a, wasi’a kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul ‘azhiim.

Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kerajaan Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Dzikir-dzikir tersebut di atas boleh biasa digunakan setelah melakukan sOlat fardhu, atau dipilih beberapa diantaranya sesuai dengan kemampuan yang kita miliki. Atau, boleh juga dzikir-dzikir yang lain, asalkan sesuai dengan malan Rasulullah SAW.

8. Do’a-do’a Sesudah SOlat

a. Allaahumma innii as-alukal jannah, Allahumma ajirnii minannaar (7x)

(Ya Allah, sesungguhnya aku memohon surga kepada-Mu, ya Allah, bebaskan aku dari siksa neraka.)

b. Allaahumma ashlih lii diiniyallati huwa ‘ishamatu amrii, wa ashlih lii dunyayallatii ja’alta fiihaa ma’assyii

(Ya Allah, perbaikilah bagiku agamaku yang menjadi pegangan urusanku, dan perbaikilah bagiku duniaku yang padanya Engkau jadikan penghidupanku.)

c. Allaahumma ‘aafinii fii badanii, Allaahumma ‘aafinii fii sam’ii, Allaahumma ‘aafinii fii basharii, Allaahumma innii a’uudzu bika minal kufri wal faqri, Allaahumma innii a’uudzu bika min ‘adzaabil qabri, laa ilaaha illaa anta.

(Ya Allah, afiatkanlah badanku. Ya Allah, ‘afiatkanlah pendengaranku. Ya Allah, ‘afiatkanlah penglihatanku. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kekafiran dan kefakiran. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari siksa kubur, tidak ada Tuhan selain Engkau.)

d. Allaahumma inni a’uudzu bika minal bukhli, wa a’uudzu bika minal jubni, wa a’uudzu bika min an uradda ilaa ardzalil ‘umur, wa a’uudzu bika min fitnatid dunya, wa a’uudzu bika min ‘adzaa bil qabri.

(Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ketakutan. Aku berlindung kepada-Mu dari seburuk-buruk usia. Aku berlindung kepada-Mu dari bencana dunia. Dan aku berlindung kepadaMu dari siksa kubur.)

e. Allaahummaghfirli dzunuubii wa khathaayaayaa kullaahaa. Allaahumma ‘isynii, wajburnii, wahdinii liahsanil a’maali wal akhlaaqi, innahu laa yahdi li ahsanihaa illa anta, washrif ‘annii sayyi-ahaa innahu laa yashrifu sayyiahaa illa anta.

(Ya Allah, ampunilah segala dosa dan kesalahanku. Ya Allah, segarkanlah badanku, cukupilah aku, dan tuntunlah aku sebaik-baik amal dan akhlak, sesungguhnya tidak ada yang dapat menuntun kepada yang terbaik melainkan hanya Engkau, dan hindarkanlah aku dari seburuk-buruk amal, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat menghindarkanku dari seburuk-buruknya melainkan hanya Engkau.)

f. Yaa muqallibal quluub, tsabbit qalbii ‘alaa diinika

(Ya Allah yang membolak-balikkan hati, mantapkanlah hatiku dalam memeluk agama-Mu.)

Doa-doa di atas boleh dibaca semuanya sesudah solat, atau dipilih di antara doa yang disukai dan sesuai dengan tujuan yang diinginkan. Boleh juga membaca doa-doa yang lain, tentunya doa yang terbaik ialah yang berasal dari Nabi Muhammad s.a.w. atau dari para Nabi Allah yang lain.

Bila ada keperluan dengan suatu hajat kepada Allah s.w.t. dan anda tidak mengerti doa aslinya, maka tidak ada salahnya berdoa dengan bahasa yang difahami sendiri.

Sebaiknya setiap berdoa jangan meninggalkan kesempatan buat mendoakan ibu dan bapa kita sebagai orang tua yang patut dihormati:

Rabbighfirlii wa liwaalidayyaa warhamnii warhamhumaakamaa rabbayaanii shaghiira.

(Oh Tuhan, ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku, kasihanilah aku dan sayangilah keduanya sebagaimana mereka mengasihiku diwaktu kecil.)

Dianjurkan pula memintakan ampun bagi para sahabat, kaum keluarga serta kaum muslimin dan muslimat, khususnya orang-orang yang pernah berbuat baik kepada kita.

Lebih lanjut, Nabi Muhammad s.a.w. menganjurkan supaya kita membaca doa sesudah tahiyyat, sebelum salam, yang berbunyi:

Allaahummaghfirlii maa qaddamtu wama akhkharartu wa anta’alamu bihi minnii, antal muqaadimu wa antal muakhkhiru, laa ilaaha illaa anta.

(Ya Allah, ampunilah dosaku yang telah lalu dan yang akan datang, dan apa-apa yang aku rahsiakan dan yang aku nyatakan. Engkau lebih mengetahuinya daripadaku. Engkaulah yang terdahulu dan Engkaulah yang terakhir, tiada Tuhan selain Engkau.)

Dianjurkan sebagaimana diajarkan Rasulullah s.a.w. kepada Abdullah bin Mas’ud, supaya sesudah tahiyyat dan sebelum salam meminta kebajikan dunia dan akhirat.

Posted in Melayu | 6 Comments »

Himpunan Doa Harian
March 15th, 2008
 

Doa Mengambil wuduk

Doa Penerang Hati
Doa Hindar Azab Api Neraka
Doa Mohon Kesabaran
Doa Taubat
Doa Terang Hati
Doa Hilang Rasa Marah
Doa Masuk Tandas
Doa Keluar Tandas
Doa Menghilangkan Rasa Takut atau Terkejut
Doa Sebelum Tidur
Doa Bangun Tidur
Doa Menuntut Ilmu
Doa Para Rasul dan Mukmin
Doa Mendapat Berita Gembira
Doa Ketika Sukar Menyelesaikan Masalah
Doa Menghadapi Kecelakaan
Doa Waktu Pagi dan Petang
 

Posted in Melayu | No Comments »

Amalan Berwuduk
March 15th, 2008

 

Untuk menunaikan sembahyang, kita diwajibkan berwuduk (mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu. Jika kita tidak berwuduk adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan:-

1. Sembahyang-sembahyang sunat.
2. Thawaf di Baitullah.
3. Menyembahyangkan mayat.
4. Sujud tilawah atau sujud syukur.
5. Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.
 

 Syarat-syarat Wuduk

 Syarat sah Wuduk itu ada enam:-

1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk)
2. Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.
3. Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).
4. Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.
5. Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.
6. Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.
 

Perkara yang membatalkan wuduk.


Enam perkara membatalkan wuduk:-
1. Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur) seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya.
2. Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk.
3. Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan sebagainya.
4. Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau perut jari kecil atau besar hidup ataupun mati.
5. Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya).
6. Murtad.
 

Rukun-rukun Wuduk
Rukun wuduk itu ada enam perkara:-
1. Niat


bermaksud "Sahaja aku mengangkat wuduk fardu kerana Allah Ta’ala". Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.

2. Membasuh muka

3. Membasuh kedua tangan hingga ke siku

4. Menyapu air di kepala

5. Membasuh kedua kaki

6. Tertib

 

Doa Ketika Wuduk

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa
 mulut dan lidahku ini".
 Penjelasan: Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah
 muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
 Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
 berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
 Penjelasan: Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
 janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
 Penjelasan: Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah
 daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu"
 Penjelasan: Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas
 kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah
 dosa telinga ku ini"
 Penjelasan: Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah, lagu2
 berunsur maksiat ..
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah,
 permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
 Penjelasan: Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah
 daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
 Penjelasan : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah
 

Posted in Melayu | 1 Comment »

Program waktu solat
January 24th, 2008
Program waktu solat - Sangat Berguna Didownload di komputer anda ,ia akan memberitahu anda waktu solat seluruh malaysia,malah .dengan peringatan apabila masuk waktu.berbahasa malaysia dan mudah digunakan.

-Terima kasih kepada Encik ZulSaleh yang telah susah payah membuat program ini..

Pegangan hidup...

Assalamualaikum Warahmatullah…

Sidang pengikut, pendengar yang budiman…

Di dalam sebuah riwayat, ketika Rasulullah S.A.W sedang keluar daripada kamar baginda menuju ke masjid, yang mana waktu itu matahari berada sepenggalah. Kebiasaanya, para sahabat Baginda akan berada di luar untuk bekerja, cumanya terdapat beberapa orang sahaja yang menunaikan solat Dhuha dan sebagainya. Lalu, Baginda S.A.W ternampak seorang anak muda yang sedang duduk di tepi sebuah tiang masjid dalam keadaan yang muram.

Lalu rasulullah S.A.W mendekatinya dan bertanya “Wahai anak muda, mengapa kamu berada di sini dan mengapa wajahmu di dalam keadaan sebegini”. Lalu dijawab olenya, “Wahai Rasulullah S.A.W, susunguhnya aku dibelenggu masalah hutang. Aku masih belum mampu membayarnya, sedang waktu perjanjianku sudah hampir dekat”.

Maka, rasulullah S.A.W memberitahu kepadanya “Wahai anak muda, mahuukah kamu sekiranya aku memberikan satu doa agar kamu baca di waktu pagi dan petang, dan ia akan menyelesaikan segala hutangmu”.

Maka, anak muda tadi tersenyum gembira dan meminta agar dibaca doa tersebut kepadanya.

Lalu, Rasulullah S.A.W membaca doa di bawah ini:

اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن , وأعوذبك من ألعجز والكسل , وأعوذ بك من البخل والجبن , وأعوذ بك من غلبة الدين وقهر الرجال .

Maksudnya:

“Ya Allah, aku berlindung kepada-mu daripada kesusahan dan dukacita, dan aku berlindung daripada-Mu daripada sifat lemah dan malas,aku berlindung daripada-Mu daripada bakhil dan pengecut,dan aku berlindung daripada-Mu daripada pengaruh berhutang dan penguasaan orang lain ke atas diri”.

Lapan Penyakit inilah perlu kita mohon agar dijauhkan daripada diri kita, kerana ia menjadikan kehidupan kita sentiasa dilanda masalah dan jalan yang kita lalui sentiasa gelap.

Kesusahan.

Apabila telah susah, fikiran akan terasa gelap dan buntu. Fitrah dunia ini, kita tidak hanya mendaki jalan yang datar, tetapi kadang-kadang kita berenang, kita melompat, kita menyeberang dan sebagainya. Perkara ini merupakan jalan yang perlu ditempuhi oleh setiap orang. Jika, ia merasa besar soal kesusahan itu maka ia pastinya tidak akan nampak jalan di depannya. Yakinlah bahawa setiap perkara ada jalan penyelesaiannya.



Dukacita.

Berlindunglah daripada Allah S.W.T daripada sifat dukacita seperti kehilangan barang yang dikusai, kematian orang yang disenangi, bahaya yang datang tiba-tiba, barang yang hilang dan sebagainya. Kalau kesusahan telah sebabkan fikiran kita kusut, maka jalan yang kita tempuhi pastinya gelap.


Lemah.

Iaitu lemah fikiran, tiada kekuatan lagi. TIada inisiatif lagi untuk melakukan sesuatu, hanya berserah. Belum lagi melakukan sesuatu hati telahpun kusut, sedangkan jika cuba diselesaikan, Insyaallah.

Malas.

Kalau sudah malas, apa yang boleh dikatakan lagi. Ingin itu dan ini, tetapi ikhtiar tidak ada. Ada pepatah orang tua-tua ketika zaman penjajahan dahulu “Mati Belanda kerana pangkat, mati Cina kerana kaya, maka Kelin kerana makanan, mati Melayu atau Indonesia kerana angan-angan”. Berangan-angan, tetapi malas. Orang yang malas itu longlai saja jalannya, suram saja pandangannya, tak jauh memandang.. itu penyakit yang perlu dijauhi.

Bakhil .

Ini lebih berbahaya lagi. Dikumpulnya harta banyak-banyak, dengan maksud untuk menguasai hata itu, hakikatnya harta itu telah menguasainya. Siang dan malam hanya duduk mengumpul harta, akhirnya tiada faedah yang didapatinya. Seingat saya, dalam tahun 40-an, ketika saya masih tinggal di Medan, ada seorang kaya yang suka mengumpul harta. Terkenal kaya di medan dengan puluhan rumah yang disewakannnya. Dia berjalan di jalan dengan payung satu, sedangkan orang lain telah pun pakai mobil (kereta). Maka, anaknya ambil pelung daripada kekayaan ayahnya. Lalu ditanya orang “Tuan, anak tuan telahpun pakai mobil (kereta), sedangkan tuan masih berjalan kaki.” Lalu dijawab oleh si bakhil tadi, “Saya anak orang miskin, anak saya anak orang kaya”. Begitulah, dia bukan mencari harta untuk keperluannya, tetapi adalah untuk dikuasai oleh hartanya.

Pengecut.

Yang ini lebih teruk. Pengecut ini menjadikan separuh daripada kehidupan manusia dalam kebimbangan. Ada pepatah menyebutkan “kalau dikau berniaga, kalaupun engkau tiada modal, maka berani itulah modal terbesar”. Sesuai dengan pepatah Melayu atau pepatah Indonesia lama, “Putuslah tali layang-layang, robek kertas tentang bingkai, hidup jangan mengepalang (tanggung-tanggung), tidak kaya, berani pakai. “ Keberanian itu adalah modal. Sebab itu, kalau orang rugi berniaga, itu belum bermakna rugi, yang penting berani, kerana kadang-kadang perniagaan itu rugi. Tetapi. Kalau keberanian hilang, maka separuh daripada perniagaan sudah hilang. Kalau kekayaan besar, tetapi kepercayaan tiada, maka seluruhnya telah hilang. Walaupun berjuta yang tinggal dalam tangan, kalau orang tidak percaya, apa lagi ertinya. Sebab itu yang pertama sekali keberanian menghadapi hidup.

Pengaruh Hutang.

Itulah yang melanda anak muda yang duduk di anjung masjid tadi. Sebab itulah rasulullah bersabda “Berwaspadalah agar jangan berhutang, hutang itu menjadi kesusahan pada malam hari, kehinaan pada siang hari”. Boleh itu memang boleh juga berhutang, tetapi kalau keberanian tidak ada, keberanian itu membuka jalan untuk membayar hutang. Tetapi kalau pengecut, susah untuk bayar hutang. Sebab itulah nabi mengingatkan agar berjaga-jaga dengan hutang, kerana susah memikirkan hutang dan mata tak mahu tidur. Maka jadilah kehinaan pada siang hari, badan berasa hina, tak berani keluar daripada rumah. Bandar Jakarta yang begitu besar, dengan jalan yang pelbagai, tetapi kerana hutangnya, maka tersekat jalannya kerana hutangnya. Sebab itulah, hutang itu menjadikan kesusahan untuk tidur, dan malu apabila siang hari, takut ditanya oleh orang.

Pengaruh orang lain ke atas diri.

Iaitu tidak punyai kemerdekaan diri kerana terlalu banyak terhutang budi kepada orang, sehingga mulut tidak boleh bercakap lagi dan ditekan oleh terhutang budi kepada orang lain. Inilah yang disebut kepada anak muda yang duduk di masjid tadi.

Maka, dapatlah kita mengambil pedoman dalam kehidupan kita sendiri,bahawa yang lebih penting adalah kemerdekaan jiwa. Kalau sekiranya, di dalam Negara yang telah merdeka, kita melaungkan kemerdekaan di mana sahaja kita pergi, namun ramai orang yang lupa, negaranya telah merdeka, dirinya sendiri yang terjajah, bukan Belanda kerana ia sudah lama beredar daripada Negara kita, bukan juga bangsa yang lain, tetapi penjajahan yang datang daripada sifat yang lemah yang kita katakan tadi. Kalau kesusahan yang kita turutkan, maka jalan kita akan menjadi buntu. Sentiasa susah pagi, petang dan malam. Padahal, pangkal dari kesusahan itu bukan dari luar, tetapi dari dalam jiwa kita sendiri.

Yang kedua, dukacita. Saya teringat pantun Melayu atau Indonesia yang berbunyi “Kalau berbiduk jangan bermenung, kalau bermenung riak pun tiba, kalau duduk termenung, kalau termenung hati pun hiba”. Kalau hati telah hiba, jalan pun kusut. Ada juga pepatah orang tua kita “Hati yang marah mendorongkan, hati yang hiba menjauhkan”. Sebab itu, haruslah kita bersedia untuk membesarkan jiwa kita sendiri. “مرفوع الراس , موفور الكرامة “ Kepala terangkat, harga diri terjaga.

Seterusnya, malas dan lemah. Kenapa lemah sahaja? Kelemahan ini ada juga kerana penyakit. Kalau perlu, pergilah kepada doktor, Psikitari. Kerana kelemahan ,jiwa, kemalasan, yang mana pangkalnya daripada jiwa, maka ahli-ahli ilmu yang mendalam pengetahuannya yang tahu tantang hubungan rohani dan jasmani, sehingga timbul ilmu yang dinamakan Psikoterapi, yang menganalisis jiwa daripada puncanya sehingga timbul malas dan lemah. Kita perlukan kuatnya pemikiran, kerana apabila adanya jiwa yang besar, maka segala pekerjaan dilihat kecil, tetapi jika jiwanya kecil, maka segala pekerjaan yang kecil dilihat besar.

Seterusnya, kita berlindung daripada sifat Bakhil. Menerima mahu banyak, mengeluarkan paling sedikit. Dia anggap sebagaimana saya katakan tadi, menguasai harta. Akhirnya tidak dia sedari, bahawa harta itu menguasainya. Kerjanya hanya kumpul harta. Apabila dia meninggal, tinggalkan semua harta, dan si anak mulalah berebut hartanya. Nikmatnya orang lain yang rasai, dia sengsara.

Apatah lagi orang yang pengecut, disangka pohon yang bergerak di malam hari itu hantu, dan pengsan kerana berlari terlalu kuat sebab pengecut. Padahal di dalam keterangan Agama, orang yang beriman kepada Allah itu ialah sebagaimana firman-Nya “Jangan engkau merasa lemah, jangan merasa dukacita, jangan merasa pengecut, dan kamu tinggi di sisi Allah jika kamu beriman kepada Allah S.W.T”. Dengan iman kepada Allah S.W.T, kita melihat alam, dan dalam kekecilan alam itu, Allah S.W.t yang Maha Besar. Inilah pokoknya.

Kemudian pada nombor tujuh, kita berlindung kepada Allah daripada pengaruh hutang. Alangkah kecilnya jiwa orang apabila telah berhutang, maka apabila tidak mampu membayar hutang, timbullah kecil hati kerana malu.

Yang kelapan, sebagaimana telah kita huraikan tadi, adalah pengaruh orang lain kepada diri kita, sehingga tidak berani lagi menyatakan kebenaran, tidak berani menyebut yang hak. Kita tidak berani kerana banyaknya terhutang budi pada orang. Walaupun telah jelas perbuatan orang itu salah, kita tidak berani lagi menyebutnya. Maka, timbullah dalam masyarakat apa yang disebut di dalam bahasa arab sebagai “Munafiq” iaitu lain di mulut, lain di hati. Di hati mengatakan salah, tetapi di mulut mengatakan perbuatan orang yang salah itu betul. Ini kecelakaan yang nombor lapan. Kita berlindung daripada Allah S.W.T supaya kita dilepaskan daripada pengaruh orang sehingga tidak berani lagi mengatakan kebenaran padahal di dalam hadith disebutkan:

“ قل الحق ولو كان مرا “ maksudnya katakanlah yang benar itu walaupun ianya pahit. Di bibir memang mudah menuturkan, tetapi jika hati sudah tertutup, tidak berani menyebutkannya lagi.

Para pengikut sekelian, itulah lapan perkara yang diingatkan, diajarkan, dan disuruh hafal oleh Nabi kepada pemuda yang duduk termenung di tepi masjid itu tadi. Lalu, dia fahami, dibaca setiap pagi dan petang, lalu timbul semangat dan kekuatan yang baru. Langit kelihatan bercahaya, bintang berkelip-kelip, dan beliau nampak kehidupannya. Maka, beliau kembali kepada Nabi dan mengucapkan syukur kerana hutangnya telah berjaya dipulihkan.

Moga-moga ianya jadi pedoman bagi kita kaum Muslimin. Jika terjadi salah satu daripada perkara yang lapan di atas, maka bacalah doa ini pagi dan petang. Jangan lupa berusaha, tidak cukup dengan hanya berdoa. Berusaha dan berdoa, Allah S.W.T akan membuka pintu Rahmat-Nya, memberikan nikmat yang berlipat ganda, sehingga sesuatu di kiri dan kanan kita akan menjadi inspirasi dan motivasi untuk maju ke depan.

Saudara-saudara yang saya muliakan, moga-moga pengaruh daripada doa ini masuk ke dalam diri saudara dan saudara menjadi orang Muslim yang merdeka dan sejati. Sekianlah pandangan saya, moga-moga ada manafaatnya bagi para pendengar yang tercinta.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Diadaptasikan oleh penulis daripada rakaman pengajian Prof Hamka yang bertajuk “Pegangan Hidup”

Friday, April 29, 2011

Bacalah sebelum tidur mu...

                        Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w. untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya. "Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah s.a.w.," gertak Abu Hurairah.
Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."

                        Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru. Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah s.a.w. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?" Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya. "Bohong dia," kata Nabi Muhammad s.a.w.: "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi." Kerana Rasulullah s.a.w. berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan. Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap. "Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah s.a.w.," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."

                        Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah s.a.w., dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah s.a.w.  menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."
Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w. dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah s.a.w.? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."

                        Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya. "Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah s.a.w.. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."

                        "Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi." Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang. Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah s.a.w. untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi. "Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasulullah s.a.w. sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya. "Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah. "Kalimat apakah itu?" tanya Nabi Muhammad s.a.w.. Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."

                        Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi Muhammad s.a.w. berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi Muhammad s.a.w.  bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?" "Entahlah." Jawab Abu Hurairah. "Itulah syaitan." jawab Nabi Muhammad s.a.w. 

Wednesday, April 27, 2011

Ego...

Buang ego, sentiasa ingat mati mampu kembalikan ketenangan jiwa

SUNGGUH, manusia amat memerlukan ruang dan waktu untuk dirinya bertafakur. Menenggelamkan hati dan jiwanya ke alam yang jauh dari unsur keserabutan duniawi. Tekanan dihadapi setiap hari boleh menyebabkan hati manusia menjadi kasar dan bengis sehingga dirinya kehilangan ‘sentuhan manusiawi’. Apabila orang lain berasa tidak seronok dengan ‘ganasnya hati dan tingkah laku kita’ maka sebenarnya kita berada dalam keadaan iman yang mencorot pada peringkat terendah dalam cartanya.

Apabila hati menjadi keras ia boleh mempengaruhi amal perbuatan yang dilakukan. Orang akan berasa ketajaman lidahnya apabila si keras hati bercakap, unsur maki hamun, menuduh tanpa fakta benar, mencaci dan merendah-rendahkan musuhnya semata-mata hendak menunjukkan kekuatan egoisme sendiri.

Dia sentiasa berada dalam keadaan tegang kerana konflik yang diciptakannya dengan orang lain. Jika bermuamalah menzalimi, kalau berniaga suka menipu, jika bersahabat cari peluang berkhianat, apabila kuat menindas orang lemah, hidupnya untuk memanipulasi orang lain demi kepentingan sendiri.

Betapa kerasnya hati orang yang tidak mahu mengakui kebenaran dan hidup di dalam kepura-puraan. Sembahyangnya tegak bersama kaum Muslimin, namun selepas habis ibadatnya itu ia kembali menyakiti orang di sekelilingnya. Puasanya panjang setiap Ramadan, namun sungguh sayang puasanya itu menyebabkan hatinya semakin berlagak suci dan bersih dari dosa.

Haji dan umrahnya setiap tahun berulang, tetapi rezeki yang dibawa ke tanah suci itu hasil penindasan dan kezaliman atau kerana sikap kedekut dan bakhil terhadap si miskin dan sanak saudaranya.

Apakah orang seperti ini merasai kenikmatan ketika ia beribadah?

Tanda kekerasan hati sesungguhnya boleh difahami menerusi tafakur yang mendalam terhadap keperibadian kita sebenar. Tidak dinafikan juga khidmat nasihat orang lain yang mahu memberi komen yang ikhlas walaupun pahit untuk didengar. Tetapi, jarang manusia mengamalkan dua petua itu, tafakur dan dengar nasihat. Padahal kedua-duanya sama penting untuk mematangkan iman seseorang.

Di dalam tafakur kita hanya memikirkan hubungan kita dengan Allah. Orang bertafakur cuba menjawab persoalan menyentuh jiwa kemanusiaannya. Seperti hendak menilai ‘siapakah aku’ di sisi Allah dan di tengah-tengah umat manusia?

Siapakah diri yang berada pada jasadku ini? Seorang wanita pernah bertanya kepada Saidatina Aisyah, mengapa hatiku keras dan jiwaku tidak tenang? Aisyah berkata: “Perbanyaklah mengingati mati, ia boleh melembutkan hati.”

Ubat bagi kekerasan hati adalah membuang setiap ego dan kekuatan yang dimiliki dan sentiasa ingat kepada kemusnahan dan kelemahan diri di hadapan Tuhan Yang Maha Kuasa.

Orang yang keras hati berasa dirinya tidak perlukan orang lain, hartanya boleh menjamin kebahagiaan, pangkat membuatnya rasa aman dan selamat. Sehingga ia tidak berasa takut menzalimi dan menindas sesiapa saja yang tidak penting bagi dirinya. Tetapi, dia lupa ada yang lebih kuat dan berkuasa daripada harta dan pangkatnya itu, tidak ingatkah ia kepada Tuhannya? Yang memberi segala-gala kepada dirinya dan akan mengambil kembali semuanya itu? Firman Allah mengingatkan kita mengenai ‘kuasa hebatNya’.

“Wahai Tuhan Yang memiliki kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kekuasan daripada orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. DitanganMu segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Surah Ali Imran ayat: 26)

Ayat ini boleh membantu melembutkan hati ketika kita bertafakur, ia mengandungi mesej begitu mendalam. Kelemahan kita dan kekuatan Allah. Ia mengingatkan kita bahawa kebahagiaan itu hanya dapat dirasai nikmatnya dengan mengakui kelemahan diri di hadapan Allah sambil berbuat kebaikan ditengah-tengah umat manusia. Kekerasan hati boleh membunuh iman secara perlahan-lahan.

Tanda awalnya boleh dirasa, iaitu ketika manusia berasa kuat dan hebat hingga menolak yang hak dan suka mengikut yang batil. Kemudian taat pada perintah nafsu dan gelojoh memuaskan keinginannya, jauh dari ilmu dan cahaya iman, lupakan akhirat dan akhirnya lari daripada Allah bahkan berlagak hebat melebihi kekuasaan Tuhan.

Allah mengingatkan mereka yang memiliki hati sekeras batu menerusi firmanNya: “Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu itu sungguh ada yang mengalir sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Baqarah ayat: 74)

Sedangkan batu boleh pecah terbelah kerana takut kepada Allah di samping itu daripadanya manusia mendapat manfaat. Mengapa si keras hati tidak memikirkan tanda kebesaran Allah supaya hatinya lembut dan tunduk? Hati yang keras dapat diubati dengan tafakur menilai diri sambil mengingati Allah, tidak cukup setakat itu saja, bahkan kita juga memerlukan tunjuk ajar dan nasihat orang lain untuk menyelongkar ke dasar hati siapakah diri kita sebenarnya menurut perspektif insan di sekeliling kita...

Bebaskan cintamu...

Ramai orang yang mengaku menyintai orang lain – isteri atau suami atau sesiapa sahaja, tetapi hakikat sebenarnya dia bukan menyintai orang itu… tetapi dia menyintai dirinya sendiri!

Sedarlah bahawa cinta dengan memiliki itu suatu yang berbeza. Jangan silap tentang hakikat itu. Ramai pasangan suami isteri ‘terkorban’ cintanya kerana gagal membezakan antara mencintai dengan ‘memiliki’.

Bila kita mencintai seseorang, kita berfikir tentang dirinya, bukan diri kita. Kepentingan sendiri tidak dihiraukan, bahagia kekasih itu itulah yang diutamakan. Ungkapan ini menggambarkan cinta yang sejati.Sebaliknya, jika kepentingan sendiri lebih diutamakan, perasaan, jiwa dan rasa kekasih dibiarkan, maka itu bukan cinta. Itu memperalatkan cinta, namanya!



Mencintai itu membebaskan, manakala memiliki itu cenderung mengikat, membelenggu dan mengawal. Berapa ramai isteri yang ‘mengawal’ suaminya atas nama cinta. Sehingga suami hilang kebebasan dan kemerdekaan dalam hidup seharian. “Bila nak balik?” “Kenapa lambat?” “kalau abang tak balik lagi, saya akan…” Bolehkah itu dikatakan ‘ayat-ayat’ cinta? Maaf, pertanyaan itu lebih mirip kata-kata seorang majikan kepada pekerja, bukan antara isteri dengan suami tercinta.

Suami pula apa kurangnya. Segala gerak-geri isteri dipantau penuh curiga. Setapak isteri melangkah, menggelak cemburu di dalam dada. Prasangkanya sudah ke tahap merimaskan sang isteri. Salah sedikit, marah. Terlanjur sekejap, ugutan. Bila ditanya, mengapa? Sisuami tidak malu mengaku, “kerana saya terlalu cintakannya!” Padahal, jika diamati dan diteliti, itu semua kerana cintakan diri. Kesihan, siisteri menjadi sandera cinta. Dikepung oleh penjara rumahtangganya, dicemeti oleh kata-kata suaminya. Ah, ada benarnya kata bijak-pandai… kekadang perkahwinan itu menjadi pusara percintaan!

“Queen control” atau “King Control” adalah produk cinta yang palsu. Cinta yang diselaputi kepentingan diri. Kulitnya cinta tetapi isinya keegoaan diri. Seperti seorang pemilik burung tekukur – diberi makan, diberi minum, dibersih dan dimandikan, dilatih berlagu – tetapi dikurung dalam sangkar. “Ini burung kesayanganku,” akuinya di hadapan tetamu. “Suaranya sungguh merdu,” puji tidak henti-henti. Sekalipun tekukur dikurung dalam sangkar emas. Sangkar tetap untuk mengurung, sekalipun sangkar emas. Kilauan sangkar emas, suara berlagu merdu, bukanlah kebahagiaan tekukur yang terkurung tetapi buat tuannya yang mengurung.

Ah, cinta kita kekadang begitu. Kita ingin memberi kebaikan yang diingini oleh kita bukan yang diingini oleh pasangan kita. Apa gunanya sangkar emas, makan-minum yang mewah, kemampuan berlagu, pada tekukur yang dibelenggu? Kalaulah terkukur boleh bersuara, dia akan berkata, “jika benar kau sayangkan aku wahai tuanku, bebaskanlah aku.” Walaupun tertukur tidak mungkin bersuara, tetapi tuannya pasti tahu, bahawa keinginan atau naluri setiap burung adalah kebebasan. Tidak sukar memahami dan merasai jika kita benar-benar mencintai. Bukankah kekasih sejati itu selalunya bertindak memahami dahulu kemudian baru difahami?

Betapa ramai isteri yang dikurung dalam villa atau istana, yang dilimpahi intan dan permata, diberi segala dan semua… tetapi dinafikan suara hatinya. Betapa ramai pula sisuami yang dijaga makan-minumnya, disiapkan pakaian dan segala keperluan lahirnya, tetapi sering disakiti dengan kata perintah, rajuk dan amuk oleh isterinya. Pelik, ketika suami belum pulang, segalanya dirisaukan. Sudah makankah dia? Kenapa lambat, rosakkah keretanya? Agaknya bagaimana dia di permusafiran? Sakitnya? Letihnya? Semuanya seakan menghantui perasaan siisteri. Tapi bila suami yang dibimbangi itu pulang… belumpun melangkah pintu, sudah dihambur dengan wajah masam mencuka, sudah dileteri dengan kata-kata yang berbisa.

Sudah lama tidak ziarah ke rumah mertua. Sisuami tahu hakikat itu. Boleh jadi sudah berbulan-bulan, boleh jadi telah bertahun-tahun. Siisteri memendam rasa. Ingin bersuara takut disentak. Ingin meminta gerun dibentak. Boleh jadi akan ‘diboikot’ dengan diam memanjang hingga ‘mode silent’ begitu menyiksakan. Keinginan isteri menjenguk ibu di kampung disekat. Tetapi kononnya kerana masih cinta, lalu diajak siisteri ‘ziarah’ ke ‘shopping’ komplek atau singgah di kedai emas, dibelikan subang dan rantai agar keinginannya pulang ke kampung halaman dilupakan. Jangan, jangan begitu, dahaga rindu bukan emas dan perak galang gantinya.

Belajarlah membebaskan, bukan mengikat sewaktu bercinta. Khususnya, bagi pasangan yang telah lama berumah-tangga, prinsip ini mesti difahami sebaik-baiknya. Apabila usia perkahwinan semakin meningkat, tidak ada lagi cinta berapi berasaskan keinginan biologi dan fisiologi. Yang mampu bertahan ialah rasa cinta yang sebenar – cinta yang melepaskan bukan mengikat. Ketika warna sebenar (‘true colours’) pasangan kita semakin terserlah hari demi hari, mampukah kita bertahan lagi? Bolehkah kita bersabar atas kelemahan dan kekurangan pasangan yang ketika itu sudahpun masuk belasan bahkan puluhan tahun kita hadapi?

Sudikah kita memberi peluang kedua, ketiga bahkan tidak kira kali keberapun untuknya memperbaiki diri? Jika sudi, benar kita masih cinta. Namun jika jemu, jika enggan, jika bosan itu petanda kurangnya rasa cinta. Ingatlah, jika pasangan kita ada karenahnya, apa kurangnya kita? Jangan kesabaran kita sahaja yang diperkirakan, kesabaran pasangan kita terhadap karenah kita juga wajar dipertimbangkan. Ingat selalu, suami adalah cermi siisteri dan begitulah sebaliknya. Hubungan kesalingan ini menunjukkan bahawa bagaimana perangai dan akhlak kita maka begitulah perangai dan akhlak pasangan yang ditakdirkan untuk bersama kita!

Jadi, jangan cepat menyalah atau mengalah, sebaliknya banyakkan muhasabah diri. Sedarlah bahawa kelemahan ataupun keburukan yang ada pada pasangan kita itu sebenarnya, bukan sahaja tidak diingini oleh kita tetapi juga oleh mereka. Mereka pun pada hakikatnya sedang berhempas pulas untuk mengatasi kelemahan atau keburukan itu. Kalau begitu, adalah lebih baik sekiranya kita membantu daripada ‘membuntu’ mereka.

Malangnya, hal diatas jarang berlaku. Kebanyakan orang tidak sabar dengan karenah pasangan mereka. Keceriaan dan ketenangan hidup terasa semakin terhakis oleh tabiat buruk pasangan. “Abang, saya hilang bahagia kalau abang berterusan marah-marah begini.” “Kalau you buat muka masam macam ni, I tak da pilihan. I terpaksa keluar ‘enjoy’ dengan kawan-kawan.” Kekadang suara begitu diperdengarkan. Tetapi acapkali dipendamkan. Kata-kata itu atau yang seumpama dengannya membayangkan penuturnya hilang ‘interest’ dengan pasangannya. Kata orang, habis manis sepah dibuang. Padahal, telek-teleklah kenapa suami puan muram, kenapa isteri tuan masam… Mungkin akibat beban kerjanya dipejabat. Mungkin impak perangai anak-anak di rumah. Atau yang lebih parah lagi, mungkin kerana karenah puan atau tuan sendiri. Masya-Allah.

Kita akan membuang barang yang kita miliki sekiranya barang itu hilang fungsinya. Kalau sesuatu itu tidak membawa manfaat kepada kita, apa guna lagi untuk meyimpannya? Begitulah cinta kalau tujuannya hanya untuk memiliki. Tetapi kalau cinta itu bukan untuk memiliki, kita akan terus cinta tidak kira apa jua keadaan pasangan yang kita cintai itu… Barang yang hilang fungsi bukan untuk dibuang, tetapi untuk diperbaiki. Begitulah sikap sebenarnya seorang isteri atau suami apabila berdepan dengan keburukan atau kelemahan pasangannya. Demi cinta, dalam diam-diam suara hati mereka membisikkan, kalau aku tidak dapat apa yang aku sukai, aku mesti belajar menyukai apa yang aku dapat!

Ah, betapa hebatnya sebuah kisah cinta seorang ahli sufi terhadap isterinya. Kisah yang menyebabkan saya termenung dan merenung begitu lama. Pada hari kematian isterinya barulah masyarakat tahu bahawa dia sebenarnya bukanlah seorang yang cacat… Dia hanya ‘berlakon’ cacat hanya untuk menjaga maruah dan harga diri isterinya yang benar-benar cacat. Berapa lama dia berlakon begitu? Puluhan tahun! Subhanallah. Itulah cinta yang sebenar. Cinta yang melepaskan belenggu psikologi, penjara jiwa dan rantai fikiran yang boleh menghilangkan kebahagiaan daripada diri pasangannya.

Tidak ada cinta seikhlas cinta Allah. Allah yang Maha Kaya itu tidak memerlukan sedebupun manfaat daripada hamba-Nya. Dia Al Qawwi, Dia Al Ghani… Tuhan maha Perkasa dan Tuhan maha Kaya, Tuhan tidak memerlukan kita sebaliknya kita yang memerlukan-Nya. Justeru, cinta-Nya benar-benar suci kerana hakikatnya Allah tidak inginkan sebarang balasan ataupun ganjaran.

Ya, Allah memang memiliki… tetapi DIA bukan membelenggu. Cinta-Nya membebaskan. Untuk bebas dariapada memperalatkan dan diperalatkan oleh cinta, jadikanlah cinta Allah sebagai asas dan di atas segala cinta. Jangan jadi sandera cinta, walaupun kepada isteri atau suamimu!

Artikel : Pahrol Mohd Juoi
genta-rasa.com

Tuesday, April 26, 2011

Keindahan membaca Al-Quran...

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar dan utama yang diturunkan oleh Allah kepada nabi kita Muhammad s.a.w.

Ia merupakan petunjuk yang paling baik untuk umat manusia sehingga hari kiamat dalam mencari keredhaan Allah seterusnya mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Di antara kelebihan membaca serta menghayati segala isi al-Quran dapat dilihat melalui beberapa petikan hadis nabi s.a.w sebagai pedoman kepada kita semua.

1. Sabda nabi s.a.w "Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya"
(muttafaqqun ‘alaihi)

2. Sabda nabi s.a.w "Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya(pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa alif laam miim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf"
(diriwayat oleh Tarmizi dan ia merupakan hadis hasan sohih)

3.Sabda nabi s.a.w "Orang yang membaca al-quran dan dia mahir dengannya bersama malaikat yang mulia dan orang yang taat. Sesiapa yang membaca al-Quran sedangkan dia tersekat-sekat padanya dan dia begitu susah atasnya maka baginya 2 pahala (pahala membaca dan pahala kesusahan)"
(Sahih Bukhari dan muslim)

4.Abi Umamah al-Bahili telah berkata bahawa dia mendengar sabda nabi s.a.w yang bermaksud "Kamu hendaklah membaca al-Quran maka sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat bagi ahli-ahlinya"
(Riwayat Muslim)

5. Sabda nabi s.a.w "Sesungguhnya sesiapa yang tidak terdapat pada kerongkongnya sesuatu daripada al-Quran(tidak membaca) maka ia seperti rumah yang usang
(Riwayat Tarmizi)

6. Dalam satu hadis Qudsi di mana sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Allah telah berfirman yang ertinya : "Sesiapa yang sentiasa sibuk dengan al-Quran dan zikir mengingatiKu daripada meminta-minta kepadaKu maka Aku akan anugerahkan perkara yang lebih baik daripada Aku anugerahkan kepada mereka yang sentiasa memohon kepadaKu itu. Dan kelebihan Kalam Allah di atas segala kalam yang lain seperti lebihnya Allah di atas segala makhlukNya"
 (Riwayat Tarmizi dan hadis hasan sahih)

7. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud "Tiada suatu kaum yang berhimpun di dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid) membaca kitab Allah (al-Quran) dan tadarus antara mereka melainkan akan diturunkan ketenangan ke atas mereka, disirami ke atas mereka rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut-nyebut mereka pada sesiapa di sisinya"
(Riwayat Muslim)

8. Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir telah berkata : Telah keluar Rasulullah s.a.w menemui kami di Suffah maka sabdanya : "Siapakah di kalangan kamu yang suka keluar ke Buthan dan ‘Aqiq (nama 2 tempat di Madinah) di mana dia akan membawa pulang darinya 2 ekor unta yang sihat lagi gemuk tanpa berbuat dosa dan tidak pula memutuskan tali persaudaraan ? Maka kami menjawab : Wahai Rasulullah! Kami semua menyukai perkara itu. Sabdanya : Mengapakah seseorang daripadamu tidak keluar ke masjid untuk belajar atau membaca 2 ayat daripada kitab Allah (al-Quran) maka ia lebih baik daripada 2 ekor unta yang gemuk, tiga ekor, empat ekor di mana lebih baik baginya daripada empat dan daripada semua bilangan unta"
(Riwayat Muslim)

Marilah kita sama-sama membaca al-Quran selagi mana kita masih hidup di dunia ini. Gunakan kesempatan yang diberi oleh-Nya.. Luangkan masa untuk membaca dan menghayatinya.. sangat besar ganjaran yang diperolehi dari-Nya...

Bicara tentang kebaikan...

Ambillah kebaikan dari orang yang mempunyai kebaikan dan tinggalkanlah keburukan yang ada pada orang yang mempunyai keburukan.

Latihlah diri kita untuk membalas dengan kebaikan kepada orang-orang yang telah berbuat keburukan kepada kita.

Belajarlah menahan diri dari selalu ingin melihat jasa dan kebaikan sendiri. Orang yang ikhlas itu bijak menyembunyikan kebaikannya sebagaimana dia menyembunyikan keburukannya.

Tidak ada sesuatu yang lebih baik daripada akal yang diperindah dengan ilmu, ilmu dengan kebenaran, kebenaran dengan kebaikan, dan kebaikan dengan taqwa.

Orang yang beriman itu mempunyai upaya untuk mengajak kepada kebaikan, mengajak kepada perkara-perkara yang akan mendekatkan kepada Allah dan melarang dari perbuatan yang tidak disukai Allah...

Friday, April 22, 2011

Mari beramal... Doa mengelakkan mudarat...

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut.

Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;


1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.


Keberuntungan beramal dengan doa ini:

Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.


Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.


Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.  

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.

Thursday, April 21, 2011

Nasihat ke arah kebaikan...

Daripada Abu Ruqaiyyah   Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: “Agama itu   adalah nasihat.” Kami berkata: “Untuk siapa?” Baginda bersabda: “Untuk   Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan   untuk umat lslam seluruhnya.”
 
  Hadis riwayat al-lmam Muslim.
     
  .................................................................................
 
   
    Di dalam hadith ke-7 dalam Kitab Hadith 40   yang telah disusun oleh Imam Nawawi ini, jelas telah   digambarkan oleh Rasulullah SAW tentang perihal   pentingnya nasihat menasihati di dalam perkara kebaikan. Nasihat juga   digambarkan besarnya seperti sebuah Agama Islam, menunjukkan bahawa   Islam ini melingkari seluruh aspek kehidupan seharian kita.
 
  Pengertian nasihat
   
  Agama Islam adalah agama Allah, dan agama menurut   Rasulullah SAW adalah nasihat yang terbaik untuk umatnya. Dalam   Bahasa Arab, nasihat membawa maksud yang dinasihati akan mendapat faedah   daripada nasihat yang telah diberi. Ia juga membawa erti   bahawa yang menasihati hendaklah menggunakan perkataan yang terbaik dan   ikhlas bersih dari maksud yang tidak baik.
 
  Adab-adab memberi nasihat
 
    1. Meluruskan niat sebelum menasihati   seseorang supaya tidak ada yang berasa disakiti. Ikhlas menasihati   saudara semuslim semata-mata karena Allah. Seharusnya seorang yang ingin   memberikan nasihat itu perlulah bersih dari segala bentuk niat yang   terpesong kerana ia akan memberi kesan ke atas nasihat yang ingin   diberikan. Janganlah menasihati seseorang itu kerana ingin menunjukkan   kitalah orang yang benar, tetapi tegurlah kerana ingin mengajak sahabat   ke jalan yang benar.
   
    2. Menjaga ukhuwah semasa menasihati.   Diusahakan supaya menasihati saudaranya dengan tidak diketahui orang   lain. Sebahagian ulama berkata, “Barangsiapa yang menasihati   seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang   sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati saudaranya di depan banyak   orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang   dinasihati.” Islam mengajar umatnya supaya mempunyai   akhlak yang tinggi. Dalam hal menasihati juga terdapat perkara ini. Ini   menunjukkan bahawa Islam amat menjaga hati dan maruah orang yang   dinasihati supaya tidak berlaku perpecahan kerana perkara nasihat.
   
    3. Bersih hati semasa menasihati.   Menggunakan bahasa yang halus dan menegur hanya untuk perkara-perkara   yang salah. Kadang-kadang kita sering menggunakan perkataan yang sangat   teruk untuk meluahkan nasihat kita. Dalam ceramah-ceramah dan   kuliah-kuliah yang berbentuk menasihati, kita lebih gemar menyatakan   salah orang lain seolah-olah mereka yang melakukan perkara tersebut   sangat jahat dan sudah tiada ruang untuk bertaubat. Seharusnya selaku   seorang pendakwah, nasihat adalah senjata utama yang perlu digunakan   sebaiknya.
 
  4. Memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati   saudara. Seboleh-bolehnya mengenali dulu saudara yang bakal   kita nasihati itu. Nasihatilah mereka dengan kasih sayang dan jadilah   sebahagian dari mereka, kerana dari situ kita akan tahu apa puncanya   mereka begitu.
 
  5. Memberi waktu dan kesempatan kepada   saudara yang dinasihati untuk mengubah sifat buruk/ kesalahan yang   dilakukannya. Manusia perlukan masa untuk berubah, jangan memaksa mereka   untuk berubah mendadak, ia bukan dalam lingkungan tugas seorang   pendakwah. Dalam berdakwah perlu akan sifat sabar dan berserah kepada   Allah. Jadilah orang yang sentiasa mengharap pertolongan Allah dan   jangan mudah putus asa di atas nasihat yang diberikan kerana itu mungkin   ujian yang telah ditentukan oleh Allah untuk menguji kesabaran.
 
  Ayuh semua sahabatku, kita renungkan kembali perkara yang   telah kita lakukan selama ini, nasihat yang telah kita berikan kepada   orang lain atau nasihat yang diperolehi daripada orang lain, adakah kita   sudah melaksanakan amanah ini? Jangan   jadi golongan yang hanya tahu menasihati sedangkan mereka tidak sedia   untuk dinasihati...

Friday, April 15, 2011

Dosa-dosa meninggalkan solat fardu...

Wahai sahabat pembaca Oh! Islam yang disayangi. Mari kita renung sama-sama. Mengapa masih ramai antara kita memandang enteng pada solat. Sedangkan jika mereka tahu betapa azabnya balasan meninggalkan satu waktu solat, pasti akan menangis menyesali kehidupan hari semalam.

Sahabat, sama-sama kita tanam satu kesedaran yang berpanjangan. Bayangkan kita kini berada di hadapan api neraka. Baru kita nak menyesal tetapi apakan daya, semuanya sudah terlambat. Dunia dah makin tua. Esok lusa kiamat akan tiba. Sempatkah kita? Renung-renungkan sahabat.

Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu
Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.

Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.


Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.

Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.

Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.” Sahabat Oh! Islam sekalian, ketika anda membaca artikel ini anda masih menyedut udara untuk bernafas. Adakah udara itu diredhai Allah SWT? Jika Allah mengenakan charge RM10 setiap kali kita menyedut udara, sudah tentu baru ramai antara kita yang akan tersedar dari tidur.

Artikel ini adalah artikel berpesan-pesan pada diri saya yang hina ini. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami. Kuatkanlah iman kami dan cekalkan hatiku untuk mencari jalan kebanaran yang Kau redhai. Amin ya Rabbal Alamin.

Sahabatku sekalian, bangunlah dari tidur. Sembahyanglah kamu sebelum kamu yang disembahyangkan.

###################

Jika anda mempunyai masa yang lebih untuk meneruskan bacaan, maka kami berharap dapatlah kita sama-sama membaca azab Allah kepada kita samaada kita sedar atau tidak.

********

Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:

Dunia

1. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
2. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Sakaratul Maut

1. Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
2. Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
3. (su’ul khatimah)
4. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Alam Barzakh

1. Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)
4. (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)

Hari Qiamat

1. Hisab keatasnya menjadi sangat berat
2. Allah SWT tersangat murka kepadanya.
3. Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.

Nota : Saudara-saudaraku, ingatlah, jangan kita menganggap solat jemaah itu satu perkara kecil kerana ianya termasuk dalam sunat mu’akkad yang sangat dituntut – ada yang mengatakan ianya adalah fardhu kifayah.

Sumbangan: “Pak Syaikh” dari Kluang/Pasir Gudang Johor
Artikel oleh: Hamba Allah yang mengemudi perjalanan web Oh! Islam ini.

Sama-samalah kita.

Thursday, April 14, 2011

Suami yang baik...

Senyuman adalah sedekah dan dengan senyuman ia akan mengembirakan teman kerana senyuman itu menandakan kasih. Semua orang selalunya ingin dikasihi. Adalah perkara yang amat memilukan dan menyedihkan jika seseorang itu merasakan dirinya tidak dikasihi oleh seseorang. Senyuman adalah gerak di bibir yang datangnya dari hati. Jika senyuman diberi dengan ikhlas ia akan mendatangkan kesan yang besar.
.
Apabila suami kembali ke rumah menemui isteri, berilah salam dan senyuman. Anggaplah isteri sebagai teman yang sudah lama tidak berjumpa. Dengan memberi senyuman ia akan mengembirakan hati isteri. Isteri di rumah sibuk menguruskan anak-anak, membasuh pinggan mangkuk dan kain baju. Temannya hanyalah kerja yang tidak mempunyai perasaan seperti insan dan tidak dapat menghargai letih dan penatnya. Kepenatan ini akan hilang jika bertemu kembali dengan suaminya dan suaminya pula mengukir senyuman sebagai tanda gembiranya terhadap isteri dan kerjanya. Walaupun kerja-kerja rumah tidak dapat dilaksanakan dengan baik, janganlah bermasam muka. Anggaplah kerja rumah itu kerja si suami dan isteri melakukannya hanyalah sebagai ihsannya.
.
Si suami janganlah kembali ke rumah dengan bermasam muka dan perasaan marah. Ukirlah senyuman walaupun dibuat secara paksa. Janganlah dibawa masalah di luar seperti masalah kerja, masalah rakan atau pejabat ke rumah. Janganlah lepaskan kemarahan itu kepada isteri atau anak-anak. Adalah menjadi satu kezaliman disebabkan kemarahan kita terhadap orang lain, isteri dan anak-anak yang lemah menjadi sasaran kemarahan kita.
.
Isteri adalah seorang wanita. Perwatakannya adalah lembut. Nabi SAW bersabda: "Yang paling baik di antara kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya". (HR Baihaqi). Di antara 3 perkara yang Nabi SAW sukai ialah wanita. Maksudnya supaya wanita disayangi, dilayani dengan lembut kerana sesungguhnya wanita yang solehah itu adalah harta dunia yang paling baik. Oleh kerana wanita kelakuannya lembut, hatinya tidak akan dapat dipikat dengan kekerasan. Kelembutan wanita menyebabkan ia mudah tertawan gerak geri dan perkataan yang lembut. Kekerasan akan membuatkan wanita menjadi lebih keras, menimbulkan kebencian dihatinya dan melahirkan kederhakaan kepada suaminya.
.
Tarbiah untuk wanita terletak di tangan suami. Suamilah yang bertanggungjawab membentuk akhlak isteri. Sekiranya isteri mendapat tarbiah yang baik, dia akan membantu suaminya menuju ke syurga. Jika wanita bertabiat buruk, ia akan menjadi pembawa suaminya ke neraka. Kasih sayang terhadap isteri bukan bermakna membiarkan isterinya melakukan perkara yang tidak baik. Isteri perlu diberi nasihat. Apabila suami dapat menawan hati isteri, nasihat suami akan diterimanya. Jika kita berkeras dengannya, rasa benci akan datang dihatinya. Malah, nasihat yang baik sekalipun tidak akan dipedulikannya. Nabi SAW bersabda: "Wanita dicipta dari tulang rusuk dan yang paling bengkok di tulang rusuk ialah bahagian atasnya. Jika kamu cuba betulkan ia, nescaya akan patah dan jika kamu biarkan, maka berterusan ia dalam keadaan bengkok". (HR Bukhari dan Muslim)
.
Kekerasan tidak perlu dalam tarbiah. Apa yang diperlukan adalah kasih sayang dan menasihati dengan cara yang lemah lembut dan berulang-ulang. Senyuman adalah amalan yang mahal. Ia adalan sedekah dan tidak memberatkan pemberinya. Suami tidak perlu berbelanja untuk melakukannya dan kesannya amat besar. Lemparkanlah senyuman setiap kali memandang isterimu terutama apabila kembali ke rumah. Walaupun kamu tidak mahu tersenyum disebabkan banyak masalah, paksalah diri untuk senyum. Berpura-pura senyum pada isteri walaupun hati tidak mahu adalah lebih baik daripada bermasam muka dan menunjukkan perasaan hati.
.
Seringkali suami melepaskan perasaan kepada isteri. Suami malu melepaskannya kepada orang lain kerana berpura-pura menjadi orang yang baik. Sekiranya kita boleh berpura-pura dengan orang lain untuk menunjukkan diri kita baik dan tidak mudah marah, kenapa kita tidak boleh berpura-pura kepada isteri, teman yang sentiasa bersama tatkala senang dan susah. Suami harus menyimpan masalah kepada diri sendiri (yang mengakibatkan timbul kemarahan dalam hati) dan tidak melepaskannya kepada orang lain apatah lagi kepada isteri. Ramai orang yang kelihatan begitu baik di luar tetapi menjadi pemarah ketika di rumah. Ini salah tempatnya.
.
Akibat keresahan hati, isteri menjadi mangsa. Isteri dimarahi dan dipukul kerana tersalah sedikit, akhirnya perhubungan menjadi renggang. Apabila hubungan menjadi renggang, anak-anak menjadi mangsa pertengkaran. Akibatnya, anak tidak akan faham apa itu erti kasih sayang. Anak-anak akan membesar dalam rumahtangga yang bergoncang. Bagaimana perasaan hati diluahkan? Menyimpan masalah di hati tanpa memberitahu kepada sesiapa boleh menyebabkan kekusutan fikiran dan akhirnya mengubah tingkah laku dan boleh menyebabkan penyakit.
.
Oleh yang demikian agama Islam mengajar kita agar menghadapi masalah kita dengan mendirikan solat dan selepas solat kita mengadu kepada Allah SWT. Allah SWT memerintahkan kita supaya apabila tersua dengan kesusahan, agar sabar dan solat. Solat di tengah malam adalah waktu yang amat sesuai untuk mengadu kepada Allah SWT. Apabila kita berbuat demikian, keresahan akan hilang, bantuan dan rahmat akan mulai datang. Apabila keresahan telah hilang, kita boleh kembali mengukir senyuman di siang hari. Inilah cara hidup orang yang bertaqwa. Senyumlah selalu dan berilah senyuman pada isterimu...

114 ayat cinta dari Allah swt...

Bayangkan setiap 15 minit berlaku perceraian … Begitulah rapuhnya rumah tangga umat Islam di Malaysia. Rumah tangga adalah benteng terakhir ummah, tempat bermulanya tapak generasi. Jika di situ sudah bermasaalah,  di tempat lain tidak dapat dibayangkan lagi.  Ada sahaja kisah suami yang curang, isteri yang beralih cinta. Kekadang anak telah dua, tiga dan empat… tetapi masih ingin memburu cinta. Ada yang memburu di alam nyata (menjejak semula kekasih lama atau terjumpa kekasih baru), ada yang memburu cinta di alam siber – bencinta lewat laman sosial internet yang serba maya.

 Entah apa yang diburu oleh manusia ini… yang hidup di dunia tanpa menyedari hari kembalinya yang pasti ke akhirat. Di mana diletakkan Allah dalam peta cintanya sesama manusia. Suami yang ada dipersia, lelaki lain pula dicari sebagai ganti. Konon suaminya tidak bertanggung jawab, tidak romantik, tidak pandai membelai atau apa sahaja. Berikan nama yang buruk pada anjing dan bunuh saja! Begitu kata pepatah Inggeris. Apabila hati sudah berubah, segala kebaikan dahulu dilupakan. Ada pula, isteri yang di sisi sudah setia, perempuan baru pula diburu kononnya demi cinta sejati. Segala yang buruk-buruk dibongkar, dijadikan justifikasi untuk menghalalkan cinta baru yang digilai siang dan malam.

Nukilan Gentarasa...

Manusia-manusia itu seperti kelkatu yang terbang menuju sumber cahaya. Sudah ramai yang terhantuk lalu jatuh bergelimpanagan di lantai… namun kelkatu yang lain masih terus terbang menuju tempat yang sama. Tidak pernah ada yang mengambil iktibar daripada korban-korban yang telah bergelimpangan. Maka begitulah suami atau isteri yang tertipu ini, memburu cinta bagaikan kelkatu memburu cahaya…

Percayalah, tujuanmu tidak akan tercapai, bahkan akan terjadi kebinasaan. Namun dia degil, dia pergi jua. Percayalah, tidak akan ada ketenangan dan kebahagiaan di atas kesusahan, kezaliman dan penindasan terhadap orang lain (apatah lagi yang dizalimi itu isteri atau suami atau anak-anak mu sendiri). Allah benci orang zalim! Dan kebencian itu sudah cukup untuk menyebabkan penderitaan seumur hidup.

Mengapa kau zalimi anak mu, isteri atau suami mu? Apakah dosa mereka terlalu besar hingga kau tidak sudi lagi memaafkan? Apakah kau tidak menyedari bahawa pasangan mu adalah cermin kepada diri mu sendiri? Maksudnya, siapa pasangan kita ditentukan juga oleh siapa kita  yang sebenarnya? Dirimu dan pasanganmu saling mencorakkan. Ketika palitan hitam kau katakan ada pada wajahnya, sedarkah engkau bahawa kau juga yang pernah melakarkannya? Jadi, bertanggung jawablah. Jangan lari. Binalah semula rumah tangga mu… kerana cinta yang ada di tanganmu kini adalah nyata, manakala yang kau buru itu mungkin hanya fotomorgana. 

Bagi suami atau isteri yang ditinggalkan… sedarkan dia. Doakan dia. Berusahalah sedaya mungkin untuk ‘mengembalikan’ dia kepada cinta yang nyata. Namun kalau dia berdegil, biarlah dia pergi. Hidupmu terlalu singkat untuk ‘dirosakkan’ oleh dia seorang. Ingat dia itu bukan cinta nombor 1!    

 

Nombor 1 Allah. Nombor 2 Rasulullah. Nombor 3, suami). Itulah turutan cinta seorang wanita bernama isteri, (jika  pada lelaki, nombor 3 itu ibu, no 4 itu apa, no 5 baru isteri). Agar tidak menderita, jagalah turutan cinta ini. Yang dahulu, wajar didahulukan. Yang kemudian, mesti dikemudiankan. Jangan disusun cinta itu begini… Nombor 1 suami. Nombor 2 suami. Nombor 3 pun suami. Ini tindakan yang bakal mengundang kecewa.

Jangan pinggirkan Allah kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta. Jangan dilupakan Rasulullah kerana dia yang memberi panduan untuk bercinta. Ingat pesan Rasulullah melalui sabda Baginda dalam hadis riwayat al-Tirmizi yang bermaksud: “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang, tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.”

“Jika” hanya “jika”. “Jika” akan kekal sebagai “jika”. Ia tidak pernah berlaku. Seorang wanita tidak boleh menyembah manusia lain sekalipun suaminya sendiri. Sebaiknya, cintailah suami dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah kerana Allah. Itulah resepi untuk bahagia dalam bercinta!

Betapa ramai isteri yang kecewa akibat ditinggalkan suami yang dicintai. Sama ada dipisahkan oleh mati atau oleh sikap suami yang tidak mencintainya lagi. Bayangkan apabila segala-galanya untuk dan kerana suami, apabila suami tidak ada lagi, putus harapan dan berserabutlah fikiran. Ramai yang sudah menerima nasib begini… Bayangkan setiap 15 minit, berlaku satu perceraian. Siapakah yang menempuh gerbang perkahwinan dengan harapan untuk bercerai? Tidak mungkin ada!

 

Mukadimah Penentu Natijah

Perkahwinan dibina dengan harapan. Untuk mencapai harapan, tidak cukup dengan rasa cinta. Ia perlukan tanggungjawab. Kata bijak pandai, sesuatu akan berakhir mengikut bagaimana ia bermula. Mukadimah banyak menentukan natijah. Untuk mengekalkan cinta sampai ke hujung (hujungnya di syurga), mesti diperkukuh dari pangkalnya. Perkahwinan dimulakan dengan percintaan, tetapi disempurnakan dengan tanggungjawab. Dan sebaik-baik cinta ialah cinta yang didasarkan oleh tanggungjawab. Sebab itu ahli bijaksana mendefinisikan cinta sebagai “rasa ingin bertanggungjawab kepada seseorang”.

Janganlah hendaknya cinta dan rumah tangga dibina hanya sekadar untuk memenuhi kehendak fisiologi dan biologi. Itulah cinta yang diilhamkan oleh Tuhan untuk haiwan (demikian kata al-Farabi). Juga bukan untuk mengejar status sosial. Jika rumah tangga hanya dibina untuk makan minum, perlindungan (rumah), pengangkutan (kereta), berkelamin (seks), kawan (sosial), kesihatan dan penghargaan diri (ego), apa bezanya cinta kita dengan cinta haiwan. Itu cinta kelas kedua.

Jika itulah bentuk cinta kita, itu hanya cinta alat bukan matlamat. Cinta kelas kedua mesti dibawa kepada cinta kelas pertama. Pandang wajah suami kita, bolehkah dia membawa kita kepada cinta Allah? Renung mata isteri kita, apakah dia teman kita menuju Allah? Jika ya, alhamdulillah, syukur. Kita sudah berada di jalan yang betul. Maka melangkahlah dengan yakin walau terpaksa menempuh pelbagai kesusahan.

Jika belum, berusahalah, berdoalah… agar dia mampu juga. Jika tidak hari ini, esok. Jika tidak esok, lusa. Teruskan berusaha dan berdoa.     

 

114 Ayat Cinta

Tidak kira di tahap manapun rumah tangga kita; di permulaan, pertengahan atau pengakhiran, marilah bermuhasabah. Apakah rumah tangga kita benar-benar diasaskan oleh cinta kelas pertama atau masih dibelenggu oleh cinta kelas kedua? Jika kelas pertama, syukurlah. Insya-Allah cinta itu akan kekal selama-lamanya. Bagaimana kita boleh memastikan bahawa rumah tangga kita benar-benar diasaskan kepada cinta ini?

Jawapannya mudah. Cuba nilai, apakah seluruh isi keluarga lalai atau taatkan perintah Allah? Bagaimana dengan solat kita dan anak-anak semua? Bagaimana dengan al-Quran? Sudahkah kedengaran suara kita (ayah ibu) dan anak-anak membaca al-Quran? Jangan jadikan rumah kita kuburan kerana Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa rumah yang penghuninya tidak membaca al-Quran umpama sebuah kubur!

Padahal semasa kita mula membinanya dahulu kita katakan membina masjid. Jika suami atau isteri payah hendak diajak membaca al-Quran, kenapa kita tidak memulakannya dahulu? Ironinya, kita kekadang lebih banyak menatap surat-surat lama pasangan kita semasa hangat bercinta dahulu, konon untuk memperbaharui rasa cinta. Malangnya, ramai yang mengalir air mata, sedih, sayu, pilu apabila mengenangkan kata-kata mesra dan rindu dahulu kini sudah tiada.

Mengapa menanti sesuatu yang tidak tiba? Mengapa merajuk pada yang tidak kasih? Tinggalkan dahulu surat cinta yang lama, carilah semula 114 surat cinta daripada Allah (al-Quran). Siapakah yang dapat menandingi kemesraan, kasih sayang dan cinta Allah buat hamba-Nya yang terpapar dalam 114 surah al-Quran? Bacalah ayat Manzil, al-Ma’thurat, Yasin, al-Mulk atau apa-apa sahaja. Sama ada yang diambil secara bersanad daripada guru-guru yang thiqah ilmunya ataupun sekadar diambil daripada kitab-kitab atau buku-buku yang dipercayai kesahihannya.

Jika tidak mampu baca banyak, bacalah sekadar satu muka surat atau paling lekeh sekadar lima ayat. Tetapi istiqamahkan amalan ini. Barulah syaitan akan kecut untuk menggoda hati ahli keluarga kita supaya terlibat maksiat. Atau mengacah-acah kita dengan prasangka sehingga sering berbalah walaupun dalam soal-soal yang kecil. Bayangkan hanya kerana hendak masak apa hari ini, berebut saluran televisyen atau hanya tersilap istilah atau cakap, sudah bergaduh sampai tinggi-tinggi suara atau pukul-memukul. Ini angkara siapa? Tentu syaitan.

 

Bentuk Cinta Kelas Pertama

Mengapa syaitan begitu berkeliaran dalam rumah kita? Kerana rumah kita jadi kuburan, bukan jadi masjid. Banyak perkara-perkara mungkar dalam rumah kita yang menyebabkan syaitan suka bertandang. Tapi ingat, syaitan bukan dihalau dengan membaca al-Quran sekali-sekala seperti yang kita lihat “Pak Ustaz” halau hantu dalam drama mistik dan tahyul. Tetapi syaitan dihalau dengan bacaan al-Quran berserta niat zikrullah, hendak diamalkan kehendaknya dan ditinggalkan larangannya.  

Jika sekali-sekala terjadi pertembungan antara kehendak Allah dan kehendak isteri atau suami serta anak-anak, yang mana satu didahulukan? Jika didahulukan kehendak mereka, sah itu petanda cinta telah tersasar. Hakikatnya, inilah yang banyak berlaku dalam alam berumah tangga kini. Dan inilah punca mengapa ramai suami isteri berpisah sekalipun mereka saling mencintai. Berpisah bukan kerana mereka tidak cinta, tetapi cinta terpisah kerana mereka memisahkan cinta Allah.

Cinta yang meminggirkan cinta Allah adalah rendah mutunya dan tidak tahan uji.  Cinta kelas kedua itu ialah cinta kelas bawahan. Apabila wajah kendur, cinta luntur. Apabila kemudaan hilang, sayang terus melayang. Sebaliknya cinta Allah mampu mengekalkan, malah boleh meningkat lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku kerana tapak cinta itu di hati, bukan di mata. Cinta di mata boleh dipisahkan oleh jarak dan usia tetapi cinta di hati tidak ada sesiapa yang mampu menjarakkannya, apatah lagi memisahkannya!

Cinta yang dibina atas dasar cinta Allah akan menjadikan perkahwinan sebagai taman atau kebun percintaan. Mungkin sekali-sekala bergolak juga, tetapi atas dasar ibadah dan tanggungjawab, cinta dapat dibina semula… terbentur tetapi tidak patah. Genting tetapi tidak putus. Justeru bajailah cinta itu selalu dengan solat, zikir, membaca al-Quran dan sedekah.

Marilah kita saling berpesan demi kebenaran dan kesabaran… jangan membina cinta di dalam kuburan!

Tuesday, April 12, 2011

Penghalang Doa...

DOA merupakan senjata bagi orang Islam. Ini sebenarnya adalah hadiah Allah untuk kita. Allah Maha Mendengar, Maha Pengasih, Maha Pemurah. Ada kalanya kita rasa kita telah berkali-kali berdoa tapi Allah belum memperkenankannya. Selain itu adalah ujian dari Allah ingin menguji keikhlasan dan keimanan kita; kita juga perlu mengkaji di mana silapnya kita. Sebenarnya banyak perkara yang boleh menjadi hijab atau penghalang kepada doa-doa kita itu.

Biasanya terhijab doa adalah kerana dosa-dosa besar yang pernah kita lakukan dan salah satu cara untuk mengatasinya dengan bertaubat nasuha yakni taubat yang sungguh-sungguh.
Di sini dibentangkan lapan belas perkara yang menjadi hijab atau penghalang doa:

1. Orang yang membunuh orang lain tanpa tujuan.

2. Orang yang menaburkan cerita yang belum tentu sahih

3. Orang yang melakukan pekerjaan yang serupa binatang.

4. Orang yang mengekalkan minum arak atau benda-benda lain yang boleh memabukkan.
ALLAH telah berfirman: ”Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu dan menghalangi kamu dari mengingati ALLAH dan sembahyang, maka berhentilah kamu dari mengerjakan pekerjaan itu. ” AI Maidah: 91. Keterangan di atas sesuai dengan Hadis Rasulullah SA W yang bermaksud ’Semua minuman yang memabukkan adalah arak dan semua arak adalah haram. ” Riwayat Muslim

5. Orang yang mengekalkan zina, iaitu dosa besar yang tidak akan diampunkan selama-lamanya.

6. Orang yang menderhakai ibubapanya atau salah seorang daripadanya. ALLAH telah berfirman; ”Dan Tuhanmu telah mnnerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dari-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. Jika seseorang di antara keduanya atau kedua-duanya telah tua jangan kamu keluarkan perkataan kasar terhadap keduanya dan hendaklah kamu ucapkan perkataan yang mulia (lemah-lembut).Rendahkanlah sayap kehinaan kerana cinta kepadanya dan hendaklah engkau katakan ”Wahai Tuhan kasihilah kedua ibubapa kami dan berilah Rahmat-Mu. Biasanya terhijab doa adalah kerana dosa-dosa besar.....Untuk mengatasinya bertaubatlah dengan taubat nasuha; taubat yang sungguh-sungguh kepada keduanya, sebagaimana mereka mendidik kami di waktu kecil.”Al Israk: 23-24

7. Orang yang mengerjakan suatu pekerjaan yang menyalahi syariat seperti berSIHIR.

8. Ahli nujum yang mengkhabarkan nasib orang lain sedangkan kehidupan kita dari alam roh hingga ke akhir hayat telahpun ALLAH tetapkan sejak azali lagi.

9. Orang yang hasad dengki sesama umat Islam. Dia suka orang lain ALLAH timpakan bala malah mencemburui seandainya orang lain yang dikurniakan nikmat Tuhan.

10. Orang yang suka mengadu domba, memukul canang kepada orang lainsupaya timbul pecah-belah antara kedua belah pihak. Kadangkala mengakibatkan kedua-dua pihak itu tidak bertegur sapa selama lebih dari tiga hari tanpa keuzuran syarie.

11. Orang yang suka mengumpat hal orang lain terutama terhadap orang-orang alim yang cinta dengan ALLAH

12. Orang yang mengambil cukai dari harta manusia tanpa redha mereka. Inilah perkara yang paling ditakutikerana ketika di dalamkubur lagi akan ditimpakan azab yang pedih.

13. Orang yang menjual barang dengan cara yang haram, mengangkat jual beli dengan sumpah yang dusta, contohnya menaikkan harga barang-barang dua tiga kali gandanya dari harga asal. Menipu dalam sukatan dan timbangan dan memakan harta riba.

14. Orang yang membenci para sahabat Rasulullah SAW.

15. Orang yang menunjuk-nunjuk diri dengan gayanya yang lemah-longlai seperti mayang di depan orang lain supaya mereka merasa kagum dengan kecantikkannya.

16. Orang yang bermain catur dan judi.

17. Orang yang bermain gendang yang kecil di tengahnya, luas di kedua tepinya tetapi tepi yang ada kulit itu lebih luas daripada yang tiada berkulit. Kalau di zaman sekarang ini kompang dan gendang yang dibubuh lingkaran rotan di dalamnya supaya terdengar bunyi gentanya yang mengasyikkan.

18. Orang yang bermain rebab, biola dan seruling (serunai). Oleh itu sebagai nasihat kepada kita bersama, jika kedapatan perkara-perkara yang dibentangkan itu pada diri kita, bertaubatlah segera dengan taubat nasuha. Agar kita mendapat falah (kemenangan) di Akhirat sebelum datangnya maut. Tinggalkanlah perkara-perkara yang boleh melalaikan kita dari mengingati ALLAH juga perkara-perkara yang menjauhkan diri kita dari-Nya. Semuga ALLAH SWT menggantikan dengan sebesar-besar kurnia dan RahmatNya sebagai penutup segala perbuatan jahat yang lampau. Allah telah berfirman; ”Sesungguhnya segala amal yang baik menghapuskan akan segala perbuatan yang jahat. ”

Doa: Ampunkan kami wahai Tuhan

Ampunkan dosa kami Tuhan!
Kami selalu membuat dosa
Maafkan kami Tuhan Agar selamat kami dari neraka
Anugerahkan kami taubat Tuhan
Engkau adalah penerima taubat
Kami tidak mampu masuk nerakaMu
Kerana azabnya gerun dan dasyat tidak terperi
Dengan rahmatMu, ampunkanlah kami
Atau dengan kemaafanMu ampunkanlah kami
Kalau Engkau azab kami Kamikan hambaMu jua, Tuhan
Engkau ampunkan kami, kebesaranMu tidak jejas
Engkau ampunkan kami, keagunganMu tetap tidak tergugat
Kerana tiada siapa yang boleh menggugat
Kerana siapa itu adalah ciptaanMu
Kami senantiasa mengharap, kami senantiasa meminta
Kami tidak akan putus asa denganMu selama-lamanya
Kami tidak jemu-jemu meminta
Hinggalah dengan rahmatMu
Dosa kami Engkau ampunkan


DOA BERSIH DARI DOSA

Ya Allah, Tuhan yang menjadikan hambaMu ini
HambaMu yang dhaif lagi lemahYang nafsu selalu menggoda
Syaitan sentiasa memperdaya
Bagaimanalah aku boleh bersih dari dosa
Bagaimanalah aku boleh lari dari bersalahYa Allah,
aku memohon dengan rahmatMu
Aku meminta dengan kasih sayangMu
Berilah aku kekuatan menjaga diri
Dari godaan nafsu dan tipu daya syaitan
Kalau aku membuat dosa dan kesalahan
Ingatkanlah aku untuk bertaubat
Taubatku itu Engkau terimalah
Begitulah setiap kali aku membuat dosa
Engkau ingatkan lagi untuk bertaubat
Seterusnya Engkau terimalah taubatku lagi
Kerana orang yang bertaubat seperti orang yang tidak berdosa
Moga-moga waktu aku kembali kepadaMu
Bersihlah aku daripada dosa-dosa
KemurkaanMu pun sudah tiada lagi
Selamatlah aku daripada neraka
Itulah yang aku harapkan dariMu Tuhan
Terimalah permintaanku ini
Ya Rahim ya Rahman.

DOA ILMU YANG BERMANAFAAT

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak diamalkan
Aku berlindung denganMu daripada ilmu untuk kemegahan Tuhan,
ilmu itu adalah cahaya penyuluh kehidupan
Jangan pula kehidupan orang tersuluh,
kehidupanku kegelapanTuhan,
aku memohon kepadaMu janganlah ilmu itu menjadi beban
Di akhirat kelak menjadi hujjah dan saksi mengapa aku tidak amalkan
Ya Allah, aku memohon kepadaMu bertambah amalku
Jangan sampai usahaku orang lain selamat, aku tidak Ya Allah,
aku berlindung denganMu daripada ilmu untuk mujadalah
Bukan membantuku untuk beribadah dan bertaqwa
Tuhan, aku berlindung denganMu jangan sampai ilmuku melaknatku semula
Kerana bermegah-megah dan tidak amalkan
Jadikanlah aku bertambah-tambah ilmu bertambah dekat dengan Tuhan
Bertambah ilmu bertambah ibadah dan amalan
Tuhan, jadikanlah ilmuku boleh memimpin diri dan orang lain
Boleh menyuluh hatiku dan menyuluh hati orang
Seterusnya jadikanlah ilmu itu sentiasa memberi manafaat dan syafaat

DOA : PELIHARA IBADAH DAN KEBAIKAN

Tuhan Janganlah ibadahku merosakkan aku
Begitu juga janganlah kebaikan aku durhaka dengan MuYa Allah,
jadikanlah kekuranganku menyelamatkan aku
Kelemahanku aku merendah diri dengan Mu
Dan itulah yang menjadi Engkau cintakan aku
Ya Allah, jadikan seluruh kebaikan untuk keredhaanMu
Bukan hendakkan syurga Mu
Jadikanlah setiap amal kebajikan yang aku buat aku sedih dengan kekurangannya
Janganlah kebaikan itu menjadikan aku senang dan tenang dan hilang takutku pada Mu
Aku berlindung dengan Engkau, ibadahku menghijab di antara Engkau dan aku
Ia jadi bala bagiku tanpa aku sedari dan tanpa aku tahu
Tuhan, janganlah dengan ibadah dan kebaikan aku
Aku jadi muflis ketika bertemu Mu
Ya Allah janganlah kepujian dan cercaan orang padaku, aku jadi berdosa
Tapi jadikanlah kedua-dua pahala bagiku bukan jadi bala kepadaku
Tuhan Engkau rasakanlah kepadaku setiap kali berbuat baik aku berbuat dosa
Agar aku tidak bangga lagi dengan kebaikan aku
Bahkan aku lupakan sahaja kebaikan itu
seolah-olah aku tidak pernah berbuat kebaikan itu
Tuhan selamatkan aku daripada membuat dosa yang memang berdosa
Juga janganlah kebaikan aku juga jadi dosa dan durhaka
Ya Allah, itulah hal-hal yang amat kami hajatkan
Moga-moga sebelum tangan yang kami tadah ini disapukan ke muka dan
jatuh kembali limpahkanlah cahaya guru mursyid kami ke tapak-tapak tangan kami
untuk kami sapukan ke wajah dan akan meresap ke hati
supaya kami mampu menjejaki rohnya
untuk benar-benar merasa hamba dan menyembahMu
Akhirnya perkenanlah ya Allah, amin

DOA MUNAJAT: REZEKIKAN RAHMATMU

Tuhan! Rezekikan aku rahmat-Mu selalu
Di mana sahaja bumimu aku pijak mendapat keredhaan-Mu
Ke mana sahaja aku pergi, mengutip pahala-Mu
Di waktu bila aku bersalah, Engkau ingatkan aku
Aku pun memohon ampun, Engkau terima selalu
Tuhan aku adalah hamba-Mu
Jangan Engkau rungkai rasa kehambaan dari jiwaku
Engkau sematkanlah di dadaku
Agar aku bawa ke mana mana
Itulah bintang kehormatan-Mu yang Engkau anugerahkan padaku
Alangkah indahnya aku merasa diri ini hamba
Sungguh bahagia bintang kehambaan tersemat di dada
Itulah temanku bawa menemui-Mu Ya'Allah
Engkau adalah Tuhanku yang Maha Pengampun
Aku adalah hamba-Mu, pohon ampun Alangkah bahagia aku menjadi hamba-Mu
Alangkah mulianya aku, Engkau menjadi Tuhanku
Berilah aku rezeki yang halal di mana aku berada
Berilah aku kawan yang setia di bumi mana aku tinggal
Janganlah tinggalkan aku keseorangan tanpa-Mu
Perhatikanlah aku di mana-mana .
Pimpinlah aku di mana berada Aku adalah hamba-Mu
Janganlah Engkau tarik rasa kehambaan dari jiwaku
Kerana itulah kebahagiaan yang menjadi keredhaan-Mu