"Saudari ku memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki... Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya... Pergaulan perlu dijaga...
Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
"Tapi kita pasti tak nampak pun yang couple ni menghampiri zinakan... Kononnya Niat bercouple baik... Contohnya dengan cuba sedaya upaya mengawal perhubungan... Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi... Saling ingat mengingatkanlah katekan...
"Memang betul niat kita bercouple tu baik... Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara... Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq...
syaitan telah buat kita pandang indah benda buruk yang kita lakukan... Walaupun kita berpandangan tajam, maksudnya kita berilmu tinggi... Memang pada mulanya niat kita baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik... Dia akan sedaya upaya buat kita terjerumus ke dalam kemaksiatan... Lagipun, takkanlah sepanjang masa kita sms dengan lelaki@wanita kita ingat Allah swt. Mesti ada masanya kita melayan perasaan dengan couple kita kan?"
Bila dah bercouple pasti nak berjumpalah plakkan... nk bermadahlah katakan... Kalau berjumpa nanti tanya pada hati tanya pada diri boleh kah kita elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki... kalau kita janji taknak call couple kita pula, mungkin dapat elak zina telinga dan zina lidah... Tapi masih ada zina yang tetap kita tak dapat elak apabila bercouple...
Iaitu zina HATI...
No comments:
Post a Comment