Monday, November 21, 2011

Berkata-kata baiklah...

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...

"Aku bukan baik sangat.Tak layak pun nak cakap benda2 islamik ni",kata si A.Nadanya bercampur baur seolah2 mengkritik dirinya sendiri.

"Aku takdela jahat sangat.Jahat2 aku pun,aku pandai solat lagi.Cakap pun takdela jahat2 sangat",luah si B.
"Paling2 kurang pun aku pakai tudung,tak macam ko yang free hair tu",getus si C.Kata2 perlinya memuncak.Terasa puas dapat diluahkn.

Kita sering mendengar perbualan sebegini.Pernahkah kita terfikir,siapa kita untuk menilai kebaikan dan keburukan diri sendiri?Adakah kalimah2 "aku bukan baik sangat", "aku memang jahat pun", atau berbagai lagi kata2 kesat kepada diri sendiri adalah satu kepuasan?Tanpa kita sedar,kita seolah2 berlagak seperti tuhan untuk mengklasifikasikan sejauh mana baik atau buruk diri sendiri.Kita memang wajar merendahkan diri dan menjauhi riak, tetapi tidaklah keterlaluan sehingga boleh menggambarkan keaiban diri.

Allah menyuruh kita supaya muhasabah diri dan banyak2 menghitung kesalahan sendiri bukanlah semata2 menghitung kesalahan, tapi memperbaiki diri ke arah lebih baik adalah lebih bermakna.


Kata2 hikmah:
Orang yang RUGI adalah orang yang hari ini SAMA seperti hari semalam. Orang yang BERUNTUNG adalah orang yang hari ini LEBIH BAIK dari hari semalam. Orang yang CELAKA adalah orang yang hari ini LEBIH TERUK dari hari semalam.

Kekadang ada sampai merasakan 'hebatnya' tahap keimanan pada diri sendiri.

"Aku tahu aku kurang beriman.Tapi niat aku baik".

"At least aku sedar diri.Takdela hipokrit macam ko.Aku sedar aku tak baik mane pun",luah si D.

Sejauh mana kita faham erti hipokrit?

Hipokritkah mereka pabila...

....pakai tudung melabuhkan sampai ke dada.
....solat di awal waktu.
....dengar ceramah harian/mingguan di masjid2 berdekatan.
....join aktiviti islamik anjuran badan2 NGO atau mana2 persatuan.
....pakai arm sock,sock..(bagi perempuan).
....pakai baju longgar sikit,tidak menampakkan susuk tubuh.
....tak join majlis yang mengandungi percampuran lelaki perempuan yang berlebihan.(ikhtilat).
....hanya balas mesej atau panggilan lelaki/perempuan kerana hal penting.
....tidak berlebihan dalam bersolek atau berpakaian.(tabarruj).
....post status2 islamik di wall fb,blog,twitter dan sebagainya sebagai peringatan bersama.
....bercakap perkara2 yang baik sahaja.Kurangkan mengumpat.

Adakah mereka hipokrit?Atau mereka menjaga adab sebagai seorang muslim.Islam mengajar umatnya supaya taat pada perintah Allah.Tatkala rukun islam pertama keluar dari mulut kita,iaitu lafaz kalimah syahadah terungkap di bibir kita, saat itulah setiap perkara yang menjadi tuntutan kepada seorang muslim wajib dipatuhi.

"Kenapa nak solat kalau tak ikhlas?Berdosa kalau tak ikhlas",kata si E.

"Tak payah nak buat2 baik pakai sopan2.Kalau dah jahat tu,jahat jugakla",herdik si F.

"Kata2 melambangkan peribadi seseorang"-alhikmah-

Apa pandangan kita kalau mendengar kata2 kasar sebegini?Pastinya kita fikir mereka ni bukan orang baik2,tiada adab,kurang ilmu dan didikan agama serta sebagainya.Pastinya semua sangkaan yang kurang baik bermain di minda.Jadi waspada kata2 kita di mana2 pun.Walaupun di wall komen2 fb,kata2 melambangkan peribadi.Berkata2 baik bukanlah kerana hipokrit,tapi kerana memahami adab dan tatasusila yang diajarkan dalam islam.

Sabda rasulullah:
"Kata2 yang baik adalah suatu sedekah".

Jadi jangan tunggu bila duit penuh di poket baru nak bersedekah.Tapi bersedekahlah selalu dengan mengungkapkan kata2 yang baik.Itulah ajaran islam,begitu cantik,begitu indah.

"Aku tak boleh nak jadi baik dah.Susah la.Nanti kawan2 aku semua tak nak kawan dah dengan aku",si G melabelkan dirinya sendiri.

Siapa yang akan mengubah kita untuk menjadi lebih baik?Adakah kita sehebat Allah?Astaghfirullah.Istighfarlah sahabat.Keindahan itu milik Allah.Kecantikan itu milik Allah jua.Maka mengapa kita menghukum diri sendiri dengan pelbagai tomahan?Adakah sekadar untuk kepuasan sementara atau untuk memuaskan nafsu amarah yang menguasai diri?



Bersangka baik lah dengan Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.KeampunanNYA mendahului murkaNYA.Jadi,mengapa diri dihina sebegini rakus?Allah murka orang yang menzalimi diri sendiri."Tak boleh jadi baik", "tak layak pakai sebegini", "tak layak cakap begini", adakah kita tidak percaya Allah maha berkuasa?Di mana keimanan kita dalam rukun iman yang kita imani iaitu PERCAYA KEPADA ALLAH?Percayalah Allah maha berkuasa dan maha berkehendak.

Tiada satu pun perkara yang menjadi keberatan pada Allah.Tatkala hati meminta untuk memohon,pintalah sepenuh hati.Bukan meminta dengan sombong,tapi pintalah dengan kerendahan hati yang betul2 kudus memohon pertolongan dariNYA.

"Ya Allah, pinjamkanku kekuatanMU, kesabaranMU, sifat pengasih dan penyayangMU dalam diriku menghadapi ujian di dunia ini.Tingkatkanlah keimananku padamu dalam menghadapi ujian yang telah Engkau tetapkan. Selangkah ku lalai menjauhiMU, tariklah aku mendekatiMU seribu langkah.Sesungguhnya Engkau maha pengasih, maha penyayang dan maha menerima taubat."

Ameen ya rabb.

No comments:

Post a Comment