Anda memperolehi harta dari pekerjaan anda. Dan
bagaimana anda membelanjakan harta yang anda perolehi. Salah satu
petanda harta yang kita miliki itu tidak berkat apabila ia dibelanjakan
ke arah sesuatu yang sia-sia dan tidak mendatangkan manfaat bukan sahaja
kepada dirinya tetapi juga kepada orang lain juga. Pemiliknya mungkin
membazirkan hartanya begitu sahaja tanpa disedarinya.
Harta yang
berkat pula adalah harta yang digunakan untuk manfaat dirinya, bahkan
menyumbang kebaikan kepada orang lain. Jika ia dibelanjakan, pemiliknya
akan membelanjakannya ke jalan yang baik. Ini adalah soal keberkatan
bukan soal sedikit atau banyak harta tersebut...
No comments:
Post a Comment