Benarlah, istiqamah itu lebih tinggi
daripada karamah… kerana istiqamah itu sesungguhnya lebih sukar. Ia
memerlukan mujahadah. Sedangkah karamah itu adalah anugerah. Mujahadah
itu kerja kita. Anugerah itu “kerja” Allah.
Ah, jangan dikenang “lelaki misteri”
berserban putih di masjid Nabawi yang kau temui tempoh hari tetapi
carilah seorang guru atau teman yang sama-sama istiqamah di jalan Allah
di kampung atau bandar sendiri. Jangan ditunggu sinar cahaya dari langit
yang dilihat di bumi Makkah, tetapi cukup sekadar cahaya pelita yang
berkerdip di surau sepi di desa sendiri.
Dan jangan dicari-cari sayup-sayup suara
azan di angkasa lepas, tetapi sahutlah seruan azan yang begitu jelas
menusuk di jendela rumah kita. Jika tidak dapat merasai kedinginan air
zam zam… cukuplah sekadar merasa kedinginan air wuduk di Subuh hari. Ya
Allah, bantulah kami -Mu mencari jalan kembali kepada-Mu!
No comments:
Post a Comment