Satu kisah seorang lelaki buta yang rajin berjemaah di masjid. Satu hari seperti biasa beliau berjalan ke masjid, tiba2 terjatuh dalam sebuah lubang. Lelaki ini balik ke rumahnya dan menyalin baju, kemudian dia pergi semula ke masjid. Alangkah malangnya beliau terjatuh lagi untuk kali kedua. Lalu dia kembali ke rumah lagi sekali dan menyalin baju lagi. Perjalanan ke masjid kali yang ketiga beliau hampir jatuh juga, tapi ada seseorang yang menahannya. Lalu si penyelamat itu memimpinnya hingga ke masjid.
Lelaki itu berterima kasih dah bertanya “Kamu ini siapa?” Jawab si pembantu itu “Aku adalah syaitan”. Alangkah terkejutnya lelaki buta kerana syaitan telah membantunya sampai ke masjid, lalu dia bertanya “Lalu,kenapa kamu membantu aku ke sini?”. Jawab syaitan “Aku membantumu kerana aku takut dosa orang Islam lain terampun. Semasa kau jatuh kali pertama, dosamu terampun, semasa kau jatuh kali kedua, dosa ahli keluargamu terampun. Jika aku membiarkan kau jatuh kali ketiga, dosa umat Islam akan terampun. Sebab itulah aku membantumu”.
Kita kadang-kadang terbuta mata dengan perkara-perkara baik yang kita lakukan. Konon sudah cukup bagus lakukan kebajikan. Namun tanpa sedar, syaitan turut menyelinap bersama amal-amal kita. Mungkin mengajak kita supaya riyak, supaya takbur, supaya ujub dan sebagainya.
Mungkin juga memberi kita idea-idea licik untuk mendapat kebaikan dari sesuatu, walaupun dengan mengambil kesempatan, dan sebagainya.
Namun sepertimana Allah berfirman dalam Surah al-Fath, “Telah datang kebenaran dan telah lenyap kebatilan. Kebatilan adalah sesuatu yang pasti akan lenyap”, setiap tipu daya syaitan bukan sesuatu yang bersifat kekal. Oleh itu kita hendaklah sentiasa beringat-ingat akan dipu daya mereka. Ikuti jalan yang sebenarnya agar kita medapat kejayaan yang hakiki, dunia dan akhirat.
Satu lagi kisah tipu daya syaitan ialah yang berlaku semasa zaman Nabi Nuh. Umat Nabi Nuh begitu menghormati para ulama pada zaman itu. Lalu apabila ulama itu meninggal, mereka membina tugu2 peringatan terhadap ulama2 tersebut. Namun kerja licik syaitan telah menyesatkan generasi berikutnya, daripapa tugu peringatan bagi melambangkan penghormatan, akhirnya menjadi berhala sembahan.
Sentiasalah kita berwaspada. Benda yang pada zahirnya nampak baik, harus kita suluh betul-betul. Suluhan ini memang tak nampak jika tidak dengan petunjuk Allah. Oleh itu kita mesti merapatkan hubungan dengan Allah, dengan penuh keikhlasan. Orang2 ikhlas adalah mereka yang syaitan tidak mampu nak mengganggu.
Semoga kita semua, (saya sendiri) termasuk dalam golongan yang mendapat hidayah Allah, dijauhkan daripada menderita buta mata hati. Buta mata hati boleh menyebabkan kita menjadi seperti Robin Hood, membantu satu pihak dengan menganiaya satu pihak lain. Walaupun yang dicuri itu adalah harta orang kaya yang kedekut, dan tujuan mencuri pun nak memberi peringatan kepada orang2 kaya ni agar jangan kedekut, namun mencuri tetap satu perbuatan yang berdosa. Mungkin Robin Hood tak tahu cara nak berkomunikasi dengan orang-orang kaya, mungkin dengan meminta derma atau menganjurkan konsert amal.
Tak apa, itu Robin Hood. Dan kita tak perlu nak jadi Robin Hood moden. Membantu orang dengan cara yang salah. Seharusnya kita menjadi musuh kepada syaitan dan menghindari sifat2 mereka, bukan menjadi rakan kongsi mereka pula.
Naudzubillahi min zalik (Kami berlindung dengan Allah daripada perkara sebegitu).
No comments:
Post a Comment