Thursday, March 3, 2011

BIODATA RASULULLAH SAW


Nama :
Muhammad bin ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim

...Tarikh lahir :
Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena
peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ' abah)

Tempat lahir :
Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

Nama bapa :
'Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu :
Aminah binti Wahab bin ' Abdul Manaf

Pengasuh pertama :
Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

Ibu susu pertama :
Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

Ibu susu kedua :
Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ' diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ' diah. Suaminya
bernama Abu Kabsyah

Tarikh Wafat
Menurut Imam Ibn Hajar, tarikh wafatnya Baginda SAW pula adalah jatuh pada hari Isnin, 12 Rabiul Awwal, tatkala baginda berumur 63 tahun. ( Riwayat Al-Bukhari, 8/150). Iaitu setelah baginda geirng selama 10 hari menurut riwayat Sulayman At-Tamimi yang dikeluarkan oleh Al-Bayhaqi dengan sanad Sohih .

Baginda mula mengadu kurang sihat adalah semenjak tahun yang ketujuh selepas pembukaan Khaybar, iaitu selepas memakan sepotong daging kambing yang beracun yang diberikan oleh isteri Sallam Bin Mashkam yang berbangsa Yahudi, walaupun baginda mengeluarkan semula dan tidak menelan daging itu, racunnya masih berjaya memberi kesan. ( Al-Bukhari, 8/131 Fath Al-Bari)

Baginda telah meminta isteri-isteri baginda untuk merawatnya di rumah Aisyah dan anataranya adalah dengan mengusap kesakitan itu dengan tangan baginda kerana keberkatannya dan dibacakan dua Qul. ( Al-Bukhari, 8/141 ; Ahmad, 21/226

No comments:

Post a Comment