Saturday, March 5, 2011

nak terima ke tak nak...?

Buat muslimah, bila lamaran datang... Janganlah gelabah sangat, kalau tidak bersedia maka tolaklah pinangan tersebut. Jika lamaran tidak juga datang-datang, insya Allah ada yang Dia mahu berikan tidak semestinya urusan jodoh, mungkin sesuatu yang lebih baik di sisi Nya.

Buat muslimin, bila lamaran di tolak... Positiflah! Mungkin dirimu belum bersedia untuk memimpin isteri dan anak-anak, maka sentiasa membaiki potensi diri supaya lebih bersedia menggalas sebuah tanggungjawab yang berat di hari kemudian. Kiranya lamaran diterima, maka bersiaplah untuk perpindahan sebuah tanggungjawab. Imam itu bukan sekadar imam solat tetapi imam dalam urusan agama, dunia sehingga akhirat. Beratkan? Maka, berusahalah menjadi yang terbaik walaupun bukan yang terbaik supaya kelak Allah memberikan yang terbaik untukmu.

Ada juga akhawat yang aktif dalam jemaah takut untuk berkahwin sehingga meletakkan pelbagai syarat. Tidak salah, perkahwinan itu sangat besar implikasinya kepada seorang wanita. Memang seorang wanita sangat berhak atas kehidupannya (urusan agama, dunia dan akhirat) bahkan memilih suami itu sama juga kita memilih aqidah. Maka, janganlah kecil hati apabila dikatakan 'terlalu memilih' kerana alam perkahwinan bukan seperti permainan. Ianya sebuah kehidupan yang penuh dengan gelombang!...

1 comment:

  1. Moga beroleh keberkatan dlm rumahtangga y tlh dbina..

    ReplyDelete